{"id":3416,"date":"2021-12-26T09:00:55","date_gmt":"2021-12-26T01:00:55","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3416"},"modified":"2021-12-26T09:00:57","modified_gmt":"2021-12-26T01:00:57","slug":"implikasi-buruk-kerap-berjaga-malam-punca-seseorang-cepat-gemuk-mudah-dapat-diabetes","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2021\/12\/26\/implikasi-buruk-kerap-berjaga-malam-punca-seseorang-cepat-gemuk-mudah-dapat-diabetes\/","title":{"rendered":"Implikasi Buruk Kerap Berjaga Malam Punca Seseorang Cepat Gemuk, Mudah Dapat Diabetes"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/online-sleep.png\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SETELAH<\/strong>&nbsp;penat bekerja seharian, waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk berehat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun demikian, ada di antara kita lebih gemar berjaga hingga larut malam atas alasan-alasan tertentu seperti bermain permainan video atau menonton televisyen.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/online-sleep-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34685\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketahuilah bahawa tabiat berjaga sehingga lewat malam sebenarnya memberi impak yang negatif kepada kesihatan diri seseorang individu itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lazimnya, orang dewasa memerlukan 6 hingga 8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4 hinga 5 jam sehari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kulim, Kedah, Dr Nurul Nadia Ismail, gangguan tidur merujuk kepada perubahan pada corak tidur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, terdapat beberapa tanda dan gejala jika seseorang itu mempunyai masalah gangguan tidur, antaranya:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">i) Tidur yang terlalu banyak&nbsp;<em>(hypersomnia).<\/em><br>ii) Tidur yang terlalu sedikit&nbsp;<em>(insomnia).<\/em><br>iii) Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur<em>&nbsp;(sleep walking)<\/em>, bangun tiba-tiba dalam ketakutan<em>&nbsp;(sleep terror)<\/em>, kisaran gigi&nbsp;<em>(tooth-grinding)<\/em>&nbsp;dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Terdapat tiga kategori gangguan tidur jenis insomnia iaitu:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">i) Insomnia sementara yang hanya berlaku dalam beberapa hari.<br>ii) Insomnia jangka pendek iaitu berlangsung daripada beberapa hari hingga tiga minggu.<br>iii) Insomnia kronik iaitu gangguan yang terjadi daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun dan ia akan lebih parah sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/online-sleep-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34684\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitternya,\u00a0<em>@KKMPutrajaya<\/em>\u00a0berkata, kerap berjaga sehingga lewat malam tidak baik untuk kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">Tabiat berjaga sehingga lewat malam boleh memberikan 4 kesan utama seperti berikut:<\/h4>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>1. Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia boleh menyebabkan penyusutan \u2018white matter\u2019 pada otak yang penting bagi proses pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>2. Obesiti dan diabetes.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon (insulin dan kortisol) yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohidrat atau gula daripada biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>3. Emosi terganggu.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kurang tidur akan menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti membuat keputusan dan membuat perancangan teratur berhenti berfungsi. Jadi, ia akan merangsang gerak hati dan kelakuan yang berisiko.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/online-sleep-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34686\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>4. Impak kesihatan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Impak kesihatan terhadap imuniti badan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain kerana ianya boleh membawa kepada kanser.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, ingatlah, walaupun hanya satu malam sahaja anda \u2018berjaga\u2019, ia akan menjejaskan jam biologikal asal dan seterusnya akan mengganggu regulasi gula dalam darah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian tersebut, kita akan lebih menghargai waktu malam dengan melakukan perkara berfaedah dan mendapatkan rehat yang secukupnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SETELAH&nbsp;penat bekerja seharian, waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk berehat. Namun demikian, ada di antara kita lebih gemar berjaga hingga larut malam atas alasan-alasan tertentu seperti bermain permainan video atau menonton televisyen. Ketahuilah bahawa tabiat berjaga sehingga lewat malam sebenarnya memberi impak yang negatif kepada kesihatan diri seseorang individu itu. Lazimnya, orang dewasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3416","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3416"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3418,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3416\/revisions\/3418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}