{"id":3556,"date":"2022-01-03T12:12:49","date_gmt":"2022-01-03T04:12:49","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3556"},"modified":"2022-01-03T12:12:53","modified_gmt":"2022-01-03T04:12:53","slug":"berjudi-tanpa-sengaja-ini-antara-sebab-korang-patut-stop-anak-anak-dari-main-roblox","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/03\/berjudi-tanpa-sengaja-ini-antara-sebab-korang-patut-stop-anak-anak-dari-main-roblox\/","title":{"rendered":"\u201cBerjudi tanpa sengaja\u201d \u2013 Ini Antara Sebab Korang Patut STOP Anak-anak Dari Main Roblox!"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cdn.lobakmerah.com\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/collage-23.png?strip=all&amp;lossy=1&amp;quality=92&amp;fit=758%2C399&amp;ssl=1\" alt=\"Collage 23\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><em>Korang mesti pernah dengar pasal Roblox kan? Sekarang ni Roblox memang tengah hype lagi-lagi dikalangan kanak-kanak. Walaupun luarannya nampak harmless, ini bahaya Roblox terhadap kanak-kanak yang korang patut tahu, terutamanya parents!<\/em><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Apa itu Roblox?<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cdn.lobakmerah.com\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/unnamed.jpg?strip=all&amp;lossy=1&amp;quality=92&amp;resize=600%2C293&amp;ssl=1\" alt=\"Unnamed\" class=\"wp-image-246824\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Roblox adalah platform atas talian yang menyediakan pelbagai&nbsp;<em>game&nbsp;<\/em>yang dibuat oleh pemaju.&nbsp;<em>Lebih kurang macam Steam lah\u2026<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Tapi, apa yang membezakan Roblox dengan Steam ni adalah permainan-permainan dalam ni dibuat sendiri oleh pengguna-pengguna dan selain bermain permainan yang terdapat dalam Roblox, orang boleh dapat duit dengan membuat permainan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pengetahuan korang, setakat ini pengguna Roblox dah keluarkan lebih 20 juta&nbsp;<em>game&nbsp;<\/em>dalam platform ni dan ada yang dapat keuntungan sehingga satu juta USD setahun!<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun korang boleh main permainan dalam Roblox ni secara percuma, ramai juga kanak-kanak yang beli dan belanjakan matawang maya yang dipanggil Robux untuk memberi barang-barang estetik Roblox.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Popular ke Roblox ni?<\/h2>\n\n\n\n<p>Ya, Roblox ni sangat sangat popular. Salah satu permainan dalam platform ni yang dipanggi Adopt Me! di mana kanak-kanak boleh membeli dan menjaga haiwan telah dilawati lebih 20.4 bilion kali dan mempunyai 1.6 juta pemain.&nbsp;<em>Dahsyat tu!<\/em><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Kenapa korang patut stop anak-anak dari main Roblox?<\/h2>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/cdn.lobakmerah.com\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/5fb7f4e632f2170011f7053e.webp?strip=all&amp;lossy=1&amp;quality=92&amp;ssl=1\"><\/a>Sumber:&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.google.com\/url?sa=i&amp;url=https%3A%2F%2Fwww.insider.com%2Froblox-game-safety-parents-grapple-keep-kids-safe-in-2020-12&amp;psig=AOvVaw2NygsuFLj8RqMNcZmtGxyC&amp;ust=1639565565676000&amp;source=images&amp;cd=vfe&amp;ved=0CAwQjhxqFwoTCNi_7OyP4_QCFQAAAAAdAAAAABAD\" rel=\"noreferrer noopener\" target=\"_blank\">Insider<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Tak dinafikan, Roblox ni boleh merangsang kreativiti anak-anak lebih-lebih lagi bila dorang berpeluang untuk cipta permainan sendiri dengan mudah dan dapat duit dari buat benda ni.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, kerana Roblox ini adalah platform atas talian, ia juga boleh mengundang kesan bahaya ke atas kanak-kanak bawah umur tanpa korang sedari. Antaranya\u2026<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Terdedah dengan golongan pedofil<\/h3>\n\n\n\n<p>Realitinya, golongan pedofil sentiasa mencari jalan untuk mengeksploitasi kanak-kanak dan salah satu cara mudah untuk mendekati kanak-kanak bawah umur adalah di atas talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut siasatan dari seorang YouTuber People Make Games, salah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun memberitahu yang dia telah menerima DM dari seorang lelaki dewasa ketika bermain Roblox dan bercakap benda-benda lucah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga laporan mengatakan pengguna-pengguna telah menyamar menjadi orang muda untuk berkawan dengan kanak-kanak bawah umur.&nbsp;<em>Bahaya betul orang macam ni\u2026<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Tak cukup dengan itu, pedofil di laman Roblox juga turut mengambil kesempatan dengan meminta kanak-kanak untuk menghantar gambar dorang yang tak senonoh untuk mendapatkan Robux (matawang maya) sebagai hadiah.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Berjudi secara tidak sengaja<\/h3>\n\n\n\n<p>Untuk yang tak&nbsp;<em>familiar,&nbsp;<\/em>anak-anak korang juga boleh berjudi dalam Roblox ni. Kalau korang buka&nbsp;<em>homepage&nbsp;<\/em>Roblox, ada satu seksyen dekat&nbsp;<em>avatar shop&nbsp;<\/em>&nbsp;di mana semua pengguna tanpa mengira umur boleh berjudi dan mendapat keuntungan yang banyak atau hilang pelaburan.<\/p>\n\n\n\n<p>Macam yang korang tahu, kanak-kanak masih belum mengetahui nilai duit dan selalu membuat keputusan yang tak betul.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, ada beberapa laporan di mana&nbsp;<em>parents&nbsp;<\/em>terkejut bila tengok bil dan anak-anak belanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk membida barang di dalam&nbsp;<em>avatar shop&nbsp;<\/em>ni.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cdn.lobakmerah.com\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/Screenshot-2021-12-14-at-6.36.50-PM.png?strip=all&amp;lossy=1&amp;quality=92&amp;resize=600%2C321&amp;ssl=1\" alt=\"Screenshot 2021 12 14 At 6.36.50 Pm\" class=\"wp-image-246823\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Untuk pengetahuan korang, Roblox tak ada langsung memaparkan amaran tentang berapa banyak pengguna boleh rugi atau menghadkan umur orang yang boleh berjudi di atas talian.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Terdedah dengan konten seksual dan ganas<\/h3>\n\n\n\n<p>Kerana Roblox turut mengambil untung atas urusan jual dan beli di atas talian mereka. Beberapa individu telah menyediakan laman web seperti&nbsp;<em>black market&nbsp;<\/em>di mana kanak-kanak boleh membeli barang yang dorang inginkan dengan harga yang murah melalui laman web tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Laman web yang dibuat ini sudah tentunya&nbsp;<em>illegal&nbsp;<\/em>dan kanak-kanak boleh terjebak dengan laman web sebegini dengan hanya satu klik sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Macam yang korang tahu, laman web seperti ini memang sangat tak selamat untuk kanak-kanak kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak menonton video yang tak sepatutnya dorang tonton seperti video ganas atau pun seksual.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Apa yang parents boleh buat?<\/h2>\n\n\n\n<p>Dah tentunya cara terbaik untuk ibu bapa halang kanak-kanak dari terjebak dengan bahaya Roblox ni adalah dengan hentikan anak-anak dari bermain Roblox.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang tak mudah untuk buat benda ni, tapi nak tak nak ia perlu dilakukan. Mungkin juga korang boleh kenalkan anak-anak dengan permainan yang tak memerlukan dorang untuk bermain dengan orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Luarannya, Roblox memang nampak macam tak ada apa-apa tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tak boleh nak pantau anak-anak sepanjang masa dan perkara-perkara yang tak elok boleh berlaku tanpa kita sedari.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Cegah sebelum terlambat.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Sumber:&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=vTMF6xEiAaY\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">People Make Games<\/a>,&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.rollingstone.com\/culture\/culture-features\/roblox-virtual-strip-clubs-condo-games-sex-1197237\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Rolling Stone<\/a>,&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.polygon.com\/22326123\/what-is-roblox-explainer-public-offering\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Polygon<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Korang mesti pernah dengar pasal Roblox kan? Sekarang ni Roblox memang tengah hype lagi-lagi dikalangan kanak-kanak. Walaupun luarannya nampak harmless, ini bahaya Roblox terhadap kanak-kanak yang korang patut tahu, terutamanya parents! Apa itu Roblox? Roblox adalah platform atas talian yang menyediakan pelbagai&nbsp;game&nbsp;yang dibuat oleh pemaju.&nbsp;Lebih kurang macam Steam lah\u2026 Tapi, apa yang membezakan Roblox dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3556","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3556","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3556"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3556\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3558,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3556\/revisions\/3558"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3556"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3556"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3556"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}