{"id":3758,"date":"2022-01-03T15:45:34","date_gmt":"2022-01-03T07:45:34","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3758"},"modified":"2022-01-03T15:45:37","modified_gmt":"2022-01-03T07:45:37","slug":"drake-kongsi-rekaan-rumah-agam-mewah-persis-shopping-mall-miliknya-di-kanada","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/03\/drake-kongsi-rekaan-rumah-agam-mewah-persis-shopping-mall-miliknya-di-kanada\/","title":{"rendered":"Drake Kongsi Rekaan Rumah Agam Mewah Persis \u2018Shopping Mall\u2019 Miliknya Di Kanada"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.thevocket.com\/app\/uploads\/2020\/04\/Drake-House.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Jika anda rasa bosan untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara berkenaan pasti tidak akan berlaku buat penyanyi rap Drake.<\/p>\n\n\n\n<p>Casa impian Drake yang terletak Di Toronto, Kanada ini muncul dalam majalah Architectural Digest edisi bulan Mei di mana pereka rekaan dalamannya, Ferris Rafauli bercerita tentang perjalanan menghias rumah berkenaan mengikut citarasa Drake.<\/p>\n\n\n\n<p>Rumah berkeluasan 50,000 kaki persegi ini buat yang pertama kali melihatnya pasti mengatakan ia tidak ubah seperti sebuah&nbsp;<em>shopping mall<\/em>&nbsp;yang mewah. Mana tidaknya, rumah ini turut dilengkapi gelanggang bola keranjang \u2018NBA standard\u2019 untuk beliau beriadah bersama rakan serta studio rakaman peribadi dengan konsep rekaan studio 1970-an.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDisebabkan rumah ini dibina di tempat saya dilahirkan, saya mahu sebuah rumah yang dapat bertahan sehingga 100 tahun. Saya mahu ia mempunyai keunikannya yang tersendiri,\u201d kata Drake sebelum memulakan projek rumah mewah ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Rumah yang juga dikenali sebagai The Embassy itu turut diberi kemasan ibarat rumah agam kurun ke-19 sambil menyelit perhiasan dunia\u00a0<em>streetwear<\/em>\u00a0seperti patung KAWS dan piano dengan\u00a0<em>artwork<\/em>\u00a0oleh Takashi Murakami. Rumah ini juga sudah diperlihatkan kepada umum menerusi video Muzik lagu terbaru Drake, Toosie Slide.<\/p>\n\n\n\n<p>Peminat Drake rata-rata memuji&nbsp;<em>taste<\/em>&nbsp;mewah beliau dalam menghasilkan rumah idaman berbanding rakan senegara beliau, Justin Bieber. Rumah Justin Bieber baru-baru ini viral kerana rekaannya ibarat sebuah kolej komuniti berbanding sebuah rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pendapatan USD150 juta (~RM650 juta) sepanjang tahun 2018, wang bukan penghalang untuk Drake menyiapkan rumah impian seperti ini. Untuk anda pula, perkara apa yang akan anda ambil berat sebelum membina rumah idaman anda?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika anda rasa bosan untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara berkenaan pasti tidak akan berlaku buat penyanyi rap Drake. Casa impian Drake yang terletak Di Toronto, Kanada ini muncul dalam majalah Architectural Digest edisi bulan Mei di mana pereka rekaan dalamannya, Ferris Rafauli bercerita tentang perjalanan menghias rumah berkenaan mengikut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3758","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3760,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3758\/revisions\/3760"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}