{"id":3822,"date":"2022-01-03T16:06:41","date_gmt":"2022-01-03T08:06:41","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3822"},"modified":"2022-01-03T16:06:43","modified_gmt":"2022-01-03T08:06:43","slug":"kulit-kayu-manis-dalam-masakan-tidak-bahaya-kkm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/03\/kulit-kayu-manis-dalam-masakan-tidak-bahaya-kkm\/","title":{"rendered":"Kulit Kayu Manis Dalam Masakan Tidak Bahaya \u2013 KKM"},"content":{"rendered":"\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/mynewshub.tv\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/kayu-manis.jpg?resize=696%2C348&amp;ssl=1\" alt=\"\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan kulit kayu manis jenis \u2018<em>cassia<\/em>\u2018 dan \u2018<em>cinnamon<\/em>\u2018 sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi&nbsp;<em>coumarin<\/em>, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan, hanya digunakan sedikit sahaja dalam masakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u201cKandungan&nbsp;<em>coumarin<\/em>&nbsp;di dalam kulit kayu manis&nbsp;<em>cassia<\/em>&nbsp;adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis&nbsp;<em>cinnamon<\/em>, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985,&nbsp;<em>coumarin<\/em>&nbsp;dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg\/kg,<\/strong>\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya peka dan prihatin terhadap dakwaan menerusi media sosial bahawa kononnya kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya serta boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u201cPengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,\u201d<\/strong>&nbsp;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kulit kayu manis cassia yang turut dikenali sebagai&nbsp;<em>Chinese cinnamon<\/em>, berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam, manakala kulit kayu manis&nbsp;<em>cinnamon<\/em>&nbsp;adalah kulit kayu manis \u2018<em>Ceylon cinnamon<\/em>\u2018 yang berasal dari Sri Lanka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai yang berasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan terus kepada pihak KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu <em>http:\/\/fsq.moh.gov.my<\/em>\u00a0atau menerusi facebook BKKM\u00a0<em>www.facebook.com\/<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penggunaan kulit kayu manis jenis \u2018cassia\u2018 dan \u2018cinnamon\u2018 sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi&nbsp;coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan, hanya digunakan sedikit sahaja dalam masakan. \u201cKandungan&nbsp;coumarin&nbsp;di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3822","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3822","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3822"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3822\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3824,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3822\/revisions\/3824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3822"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3822"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3822"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}