{"id":3838,"date":"2022-01-05T10:07:34","date_gmt":"2022-01-05T02:07:34","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3838"},"modified":"2022-01-05T10:07:37","modified_gmt":"2022-01-05T02:07:37","slug":"jumpa-wang-di-tepi-jalan-ambil-atau-biarkan-ini-penjelasan-dr-zulkifli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/05\/jumpa-wang-di-tepi-jalan-ambil-atau-biarkan-ini-penjelasan-dr-zulkifli\/","title":{"rendered":"Jumpa Wang Di Tepi Jalan, Ambil Atau Biarkan. Ini Penjelasan Dr Zulkifli"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/09\/06-10.jpg\" alt=\"6 cara 'sorok' duit, gaji tak habis sampai hujung bulan\" width=\"804\" height=\"393\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>PASTI<\/strong>&nbsp;ramai antara kita yang mengalami situasi berjumpa wang tercicir di tepi jalan atau mana-mana tempat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah tindakan korang jika berhadapan dengan perkara tersebut?<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Menjawab persoalan ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Dr Zulkifli tampil menjawab soalan daripada seorang individu yang bertanyakan &#8220;Adakah saya boleh mengambil duit yang saya jumpai di tepi jalan? Kalau tidak boleh, adakah saya perlu membiarkannya ataupun bagaimana&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Al-Luqatah.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Dr Wahbah Zuhaili menjelaskan maksud Al-Luqatah di sisi syarak di dalam kitabnya, daripada Ibnu Qudamah Al-Hanbali Al-Luqatah bermaksud &#8220;Harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain&#8221;.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Selain itu Syeikh Mustafa Bugha di dalam kitabnya menyatakan: &#8220;al-Luqatah mengikut Syarak adalah sesuatu barang atau harta yang bernilai (di sisi syarak), dijumpai di tempat yang tidak mempunyai pemilik dan tidak mengetahui hak miliknya&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Syeikh Mustafa Bugha mengklasifikasikan harta Al-Luqatah kepada dua bahagian:<\/p>\n\n\n\n<p>Harta Al-Luqatah (haiwan) iaitu menjumpai haiwan peliharaan yang bernilai di sisi syarak.<\/p>\n\n\n\n<p>Para ulama membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu haiwan yang boleh menguruskan dirinya sendiri seperti unta dan haiwan yang tidak dapat menguruskan dirinya seperti anak lembu.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Harta Al-Luqatah (selain daripada haiwan) Syeikh Mustafa Bugha mengharuskan mengambil barang itu dan menjaganya. Ia juga tertakluk kepada hukum syariat samada wajib ataupun tidak.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Berkenaan dengan harta Al-Luqatah selain haiwan, Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhaniy, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda SAW bersabda yang bermaksud;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Berkenaan dengan hukum mengambil harta al-Luqatah fuqaha berbeza pendapat berkenaan dengannya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Mazhab Syafie dan mazhab Hanafi membolehkan kita mengambilnya ini kerana seseorang itu wajib menjaga harta saudaranya.IKLAN<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala mazhab Maliki dan mazhab Hanbali melarangnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Berkenaan dengan hal ini Syeikh Mustafa Bugha menggariskan beberapa pembahagian iaitu;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Sunat mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan kemungkinan barang yang dijumpai akan hilang.<\/li><li>Harus mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan barang itu tidak hilang.<\/li><li>Wajib mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya meyakini barang itu akan hilang apabila tidak mengambilnya ini kerana menjaga harta orang Islam itu adalah wajib.<\/li><li>Makruh mengambilnya sekira ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.<\/li><li>Haram mengambilnya kepada orang yang tidak beramanah dan tidak dapat menjaganya.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p>Hebahan harta Al-Luqatah yang mempunyai nilai yang besar mengikut jumhur para fuqaha adalah wajib.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini berdasarkan hadis nabi SAW daripada Zaid bin Khalid yang bermaksud \u201chebahkan ia selama setahun\u201d.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Syeikh Wahbah Zuhaili menulis di dalam kitab beliau berkenaan cara menghebahnya iaitu dengan mengumumkan ke atasnya (harta Al-Luqatah) atau mengiklankannya di tempat yang dijumpai, dan di tempat pengumpulan masyarakat seperti pasar, pintu masjid dan kedai-kedai makan.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Sekiranya harta tersebut tidak dituntut sebaiknya diserah kepada pihak berautoriti bagi menjamin keselamatannya dan diputuskan oleh qodi atau hakim untuk proses kegunaan bertujuan kemaslahatan umum atau diserahkan kepada baitumal.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/01\/Untitled-design-2021-01-21T185127.965.jpg\" alt=\"Guna duit anak\" class=\"wp-image-34628\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Berkenaan dengan barang yang tidak menjadi tumpuan orang ramai dan mudah rosak seperti tali, kayu atau makanan tidak harus mengumumkannya seperti hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, katanya;<\/p>\n\n\n\n<p>\u0631\u064e\u062e\u064e\u0651\u0635\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0635\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0648\u0652\u0637\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0628\u064e\u0627\u0647\u0650\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0642\u0650\u0637\u064f\u0647\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u064f \u064a\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\u0641\u0650\u0639\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650<\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya: Rasullullah SAW memberikan kami rukhsah (kelonggaran) mengambil tongkat, cemeti, tali dan sejenis dengannya yang diambil oleh seseorang bertujuan untuk mengambil manfaat dengannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan harta yang dijumpai kurang nilainya tetapi menjadi tumpuan orang ramai seperti wang yang kecil nilainya.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Maka seharusnya dia mengumumkan selama mana ia merasakan pemiliknya tidak mahu lagi mencarinya ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya bahawa Saidina Ali RA berjumpa dengan Rasullullah S.A.W bertanyakan tentang satu dinar yang dijumpainya.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Lalu Baginda menyuruhnya untuk mengumumkan sebanyak tiga kali. Sekiranya tidak ada yang menuntutnya maka manfaatlah kesemuanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jadi dapat disimpulkan bahawa duit tersebut boleh diambil, tetapi dengan beberapa panduan:<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>1. Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut.<\/p>\n\n\n\n<p>2. Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama mana anggaran bahawa pemiliknya tidak akan mencarinya lagi. Kemungkinan selama tiga hari atau kurang mengikut anggaran nilai barang tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>3. Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut.<\/p>\n\n\n\n<p>4. Sebaiknya duit yang dijumpai dihebahkan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp atau seumpamanya.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Setelah itu sekiranya masih belum dijumpai pemiliknya dalam tempoh yang tertentu duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Namun sekiranya nilai yang besar dan berharga diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada pihak yang berautoriti bagi menguruskan harta itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: Maktabah al-Bakri<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PASTI&nbsp;ramai antara kita yang mengalami situasi berjumpa wang tercicir di tepi jalan atau mana-mana tempat awam. Apakah tindakan korang jika berhadapan dengan perkara tersebut? Menjawab persoalan ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya. Dr Zulkifli tampil menjawab soalan daripada seorang individu yang bertanyakan &#8220;Adakah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3838","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3838","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3838"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3838\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3840,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3838\/revisions\/3840"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3838"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3838"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3838"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}