{"id":3942,"date":"2022-01-05T11:01:17","date_gmt":"2022-01-05T03:01:17","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=3942"},"modified":"2022-01-05T11:01:21","modified_gmt":"2022-01-05T03:01:21","slug":"tunaikan-solat-duha-akan-diberi-ganjaran-emas-berikut-penjelasannya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/05\/tunaikan-solat-duha-akan-diberi-ganjaran-emas-berikut-penjelasannya\/","title":{"rendered":"Tunaikan Solat Duha Akan Diberi Ganjaran Emas? Berikut Penjelasannya"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com\/2021\/10\/Untitled-design-23.jpg\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SEPERTI<\/strong>&nbsp;semua sedia maklum, fadilat dan kemuliaan menunaikan solat duha atau al-Awwabin sangat bererti dalam kehidupan umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:<em>&nbsp;\u201cBarangsiapa yang solat duha sebanyak 12 rakaat, maka ALLAH akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.\u201c<\/em>&nbsp;(Hadis Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjawab pertanyaan tentang riwayat hadis berkenaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) menerusi Irsyad Al-Hadith Siri ke-223: Solat Duha Mendapat Istana Emas memberi penjelasan dengan merujuk beberapa pendapat ulama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam al-Tirmizi menilai hadis itu sebagai gharib (ganjil) kerana tidak diketahui. (Rujuk Sunan al-Tirmizi, 337\/2)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam Ibn Mulaqqin mengatakan hadis daripada Anas bin Malik telah dimuatkan oleh Ibn al-Sakan di dalam kitab sunannya yang sahih. (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj, 416\/1)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam al-Nawawi menghukum hadis berkenaan sebagai daif. (Rujuk Khulasah al-Ahkam, 571\/1)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan dalam sanad itu tidak terdapat perawi yang dikatakan lemah. (Rujuk Fath al-Bari)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Syeikh al-Albani menilai hadith tersebut sebagai daif. (Rujuk Dhaif Jami\u2018 al-Tirmizi dan Dhaif Ibn Majah, 380\/3)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, berdasarkan semua pandangan tersebut, Pejabat Mufti WP lebih cenderung mengatakan bahawa hadis berkenaan bersifat daif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPun demikian ia boleh diangkat ke tahap hasan apabila ia disokong oleh beberapa riwayat lain,\u201c kata mereka.<br>Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang dihubungi turut senada dengan Pejabat Mufti WP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cYa, walaupun status hadis ini dikatakan lemah, tetapi maknanya dikuatkan dengan hadis-hadis lain seperti Hadis Riwayat Buraidah. Ini kerana fadilat bersedekah adalah besar dan apabila solat duha disamakan dengan sedekah, maka inilah yang menunjukkan kelebihan solat duha,\u201c jelas pendakwah itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tatkala diajukan pertanyaan tentang sesetengah pendapat bahawa ibadah itu berupaya menyembuhkan penyakit, Dr Wan Salim berkata, berdasarkan pengetahuannya, kesahihannya belum dapat dipastikan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, ujar beliau, para fuqaha berbeza pandangan sama ada solat duha boleh dilakukan setiap hari secara berterusan atau dilakukan berselang hari atau secara berkala.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagaimanapun, majoriti jumhur fuqaha berpandangan, solat berkenaan digalakkan (mustahab) supaya dilakukan secara berterusan pada setiap hari,\u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sandaran itu, beritahu agamawan tersebut adalah merujuk kepada Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud:&nbsp;<em>\u201cAmalan yang paling disukai ALLAH ialah yang kekal walaupun sedikit.\u201c<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEPERTI&nbsp;semua sedia maklum, fadilat dan kemuliaan menunaikan solat duha atau al-Awwabin sangat bererti dalam kehidupan umat Islam. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:&nbsp;\u201cBarangsiapa yang solat duha sebanyak 12 rakaat, maka ALLAH akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.\u201c&nbsp;(Hadis Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) Menjawab pertanyaan tentang riwayat hadis berkenaan, Pejabat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-3942","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3942"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3944,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions\/3944"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3942"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3942"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3942"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}