{"id":4082,"date":"2022-01-05T12:21:02","date_gmt":"2022-01-05T04:21:02","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=4082"},"modified":"2022-01-05T12:21:04","modified_gmt":"2022-01-05T04:21:04","slug":"kalimah-bukan-arab-terdapat-dalam-al-quran-berikut-perinciannya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/05\/kalimah-bukan-arab-terdapat-dalam-al-quran-berikut-perinciannya\/","title":{"rendered":"Kalimah Bukan Arab Terdapat Dalam Al-Quran, Berikut Perinciannya"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/Untitled-design-2021-12-29T100906.316.jpg\" alt=\"Kalimah bukan Arab dalam al-Quran\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PENURUNAN<\/strong>&nbsp;al-Quran diketahui umum dalam bahasa Arab. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia sebagaimana disebutkan dalam ayat 2, Surah Yusuf. ALLAH SWT berfirman:<em>&nbsp;\u201cSesungguhnya KAMI menurunkan kitab suci itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut mantan Ketua Jawatankuasa Fatwa al-Azhar, Sheikh \u2018Atiyyah Saqr (1914 \u2013 2006), sebahagian ulama berpandangan, semua perkataan dalam kitab suci umat Islam itu adalah dalam bahasa Arab dan kalimah asing yang terdapat dalam al-Quran pula adalah sebahagian daripada ucapan Arab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUlama lain pula berpendapat, terdapat perkataan bukan Arab dalam al-Quran seperti\u00a0<em>as-Qistas,<\/em>\u00a0tetapi kalimah itu telah menjadi bahasa Arab kerana orang Arab menggunakannya dengan lembut dan mereka telah memasukkannya pada aturan tatabahasa Arab,\u201d katanya sebagaimana dipetik menerusi portal<em>\u00a0aboutislam.net.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, agamawan itu menjelaskan, orang Arab terdahulu pernah menggunakan perkataan yang bukan berasal dari bahasa mereka kerana terkesan dengan budaya lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSepertimana orang lain, masyarakat Arab juga tidak terlepas daripada situasi tersebut. Mereka menggunakan nama yang asing kepada budaya masing-masing, tetapi kalimah tersebut mudah disepadukan dengan peredaran zaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMalah, mereka menjadikannya sebagai sebahagian daripada perkataan Arab yang disesuaikan dengan tatabahasa bahasa Arab,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Meskipun kalam ALLAH SWT itu diturunkan dalam bahasa Arab, namun Sheikh \u2018Atiyyah Saqr menjelaskan, terdapat serapan perkataan dari bahasa yang berbeza kerana hubungan rapat antara individu dan kumpulan.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/Untitled-design-2021-12-29T101034.262.jpg\" alt=\"Kalimah bukan Arab dalam al-Quran\" width=\"770\" height=\"513\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\" id=\"caption-attachment-4993\">AL-QURAN diturunkan dalam bahasa Arab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cInteraksi sebegini sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan sosial kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOleh itu, interpolasi perkataan sedemikian mungkin hasil daripada peralihan dari satu bahasa ke bahasa yang lain atau disebabkan fakta bahawa dua bahasa memiliki asal yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJusteru itu, selagi perkataan bukan Arab mudah disesuaikan ke dalam bahasa tersebut, ia dianggap sebagai perkataan Arab,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga halnya dengan al-Quran yang mana jelas beliau, Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan, tidak ada perbezaan di antara empat empat mazhab utama bahawa terdapat perkataan bukan Arab dan nama-nama khas dalam kitabullah seperti Nuh, Lut, Imran dan Jibril.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBegitupun terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam kalangan ulama sama ada bahasa al-Quran termasuk perkataan asing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAntaranya seperti kalimah&nbsp;<em>al-Qistas<\/em>&nbsp;(Surah al-Isra\u2019, ayat 35) yang berasal dari bahasa Yunani;&nbsp;<em>al-Sijjil<\/em>&nbsp;(Surah al-Hijr, ayat 74) berasal dari bahasa Parsi;&nbsp;<em>al-Ghasaq<\/em>&nbsp;(Surah an-Naba, ayat 25) dari bahasa Syria dan&nbsp;<em>al-Kifl<\/em>&nbsp;(Surah al-Hadis, ayat 28) dari bahasa Habsyah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMalah, terdapat segelintir ulama telah menulis buku mengenai topik perbendaharaan kata asing dalam al-Quran. Sebagai contoh, al-Suyuti menyusun sebuah buku kecil dengan senarai 118 ungkapan dalam pelbagai bahasa,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em><strong>Foto: Pexels<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENURUNAN&nbsp;al-Quran diketahui umum dalam bahasa Arab. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Ia sebagaimana disebutkan dalam ayat 2, Surah Yusuf. ALLAH SWT berfirman:&nbsp;\u201cSesungguhnya KAMI menurunkan kitab suci itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.\u201d Menurut mantan Ketua Jawatankuasa Fatwa al-Azhar, Sheikh \u2018Atiyyah Saqr (1914 \u2013 2006), sebahagian ulama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4082","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4082","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4082"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4084,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4082\/revisions\/4084"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}