{"id":4090,"date":"2022-01-05T12:23:19","date_gmt":"2022-01-05T04:23:19","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=4090"},"modified":"2022-01-05T12:23:21","modified_gmt":"2022-01-05T04:23:21","slug":"usah-segan-berdoa-minta-suatu-perkara-pada-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/05\/usah-segan-berdoa-minta-suatu-perkara-pada-allah\/","title":{"rendered":"Usah Segan Berdoa Minta Suatu Perkara Pada ALLAH"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/Untitled-design-2021-04-23T085847.168.jpg\" alt=\"Berdoa\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>ADAKALANYA<\/strong>&nbsp;bibir begitu mudah menuturkan kata-kata berbentuk doa dalam perkara yang dianggap sebagai remeh-temeh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cYA ALLAH, teringinnya hendak makan durian. Berilah aku nikmatinya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKurniakan aku kemampuan hendak beli kereta besar, ya ALLAH. Sesungguhnya ENGKAU MAHA BERKUASA atas segalanya\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikianlah monolog kita dalam hati yang kadangkala terbit tanpa disengajakan. Benar, kadangkala kita seolah-olah menyimpan harapan dan impian tanpa sedar berdoa tentangnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kadangkala kita benar-benar memaksudkannya dan meminta semuanya kepada ALLAH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pendakwah Muhammad Fahmi Rusli<\/strong>&nbsp;menjelaskan, jangan sesekali kita berasa segan untuk berdoa dan meminta urusan dunia yang spesifik kepada ALLAH SWT tidak kiralah pada waktu-waktu dan tempat mustajab berdoa.<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/Untitled-design-2021-08-03T115636.647.jpg\" alt=\"\" width=\"770\" height=\"513\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\" id=\"caption-attachment-3639\">MUHAMMAD FAHMI<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIa termasuklah hendak minta supaya dapat beli rumah atau mampu memakai Mercedes Benz, Countryman, BMW dan seumpamanya. Berdoa pada ALLAH SWT,\u201d katanya sebagaimana dipetik menerusi ciapannya di Twitter miliknya baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Menyambung hujah, ujar beliau, menjadi amalan para ulama silam berdoa sehinggakan hendak memakan buah anggur pun, mereka tetap berbuat demikian.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Imam al-Laits bin Sa\u2019d menceritakan, beliau pernah melihat seorang lelaki sedang duduk berdoa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Laits menyatakan bahawa lelaki tersebut mengatakan: \u201cWahai Tuhan, wahai Tuhan, sehingga terputus nafasnya (tercungap-cungap). Kemudian dia berkata:<em>\u00a0\u201cYa Hayyu, Ya Qayyum\u201d<\/em>\u00a0(wahai Tuhan YANG MAHA HIDUP, wahai Tuhan YANG MAHA MENGURUS TADBIR), sehingga terputus nafasnya. Kemudian dia berkata: \u201cYa ALLAH, ya ALLAH\u201d, sehingga terputus nafasnya. Kemudian dia berkata: \u201cWahai Tuhan YANG MAHA PEMURAH, wahai Tuhan YANG MAHA PENYAYANG\u201d, sehingga terputus nafasnya. Kemudian dia berkata lagi: \u201cWahai Tuhan YANG MAHA PENYAYANG dari kalangan yang penyayang\u201d, sehingga terputus nafasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah selesai menyebut semua itu, lelaki tersebut kemudia berkata: \u201cYa ALLAH, sesungguhnya aku teringin sangat kepada buah anggur, berilah kepadaku untuk aku memakannya. Sesungguhnya dua helai pakaianku juga telah lusuh, berilah pakaian kepadaku.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dipendekkan cerita, Al-Laits kemudian berkata: \u201cAku terus melihat sebuah bekas yang penuh berisi anggur dan dua helai pakaian yang diletakkan di situ.\u201d<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/Untitled-design-2021-03-24T152705.097.jpg\" alt=\"Berdoa\" width=\"770\" height=\"513\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\" id=\"caption-attachment-1227\">DOA merupakan senjata bagi orang Mukmin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ujar Muhammad Fahmi, kisah itu sebenarnya agak panjang. Namun, fokus utamanya adalah&nbsp;<em>tawassul<\/em>&nbsp;lelaki berkenaan dengan nama-nama dan sifat ALLAH SWT tersebut terbukti mustajab.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cWalaupun permintaannya nampak pada perkara biasa sahaja, namun para ulama terdahulu sentiasa melazimi ibadah berdoa.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLelaki yang dimaksudkan itu sebenarnya ialan Ja\u2019far al-Sadiq iaitu salah seorang ulama keturunan Nabi Muhammad SAW daripada jalur al-Husain bin Ali RA,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, beliau menasihatkan agar kita tidak memandang enteng dengan peranan doa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling tidak pun, sekurang-kurangnya luangkan sedikit masa kita selepas solat untuk berdoa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em><strong>Foto: Freepik, Unsplash &amp; Pexels<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ADAKALANYA&nbsp;bibir begitu mudah menuturkan kata-kata berbentuk doa dalam perkara yang dianggap sebagai remeh-temeh. \u201cYA ALLAH, teringinnya hendak makan durian. Berilah aku nikmatinya.\u201d \u201cKurniakan aku kemampuan hendak beli kereta besar, ya ALLAH. Sesungguhnya ENGKAU MAHA BERKUASA atas segalanya\u201d Demikianlah monolog kita dalam hati yang kadangkala terbit tanpa disengajakan. Benar, kadangkala kita seolah-olah menyimpan harapan dan impian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4090","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4090"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4092,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4090\/revisions\/4092"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}