{"id":4098,"date":"2022-01-05T12:24:23","date_gmt":"2022-01-05T04:24:23","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=4098"},"modified":"2022-01-05T12:24:26","modified_gmt":"2022-01-05T04:24:26","slug":"larangan-istinjak-dengan-tangan-kanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/05\/larangan-istinjak-dengan-tangan-kanan\/","title":{"rendered":"Larangan Istinjak Dengan Tangan Kanan"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/Untitled-design-1-2.jpg\" alt=\"Untitled design (1)\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>KETIKA<\/strong>&nbsp;masuk ke dalam tandas, secara automatik kita akan menggunakan kaki kiri dan keluar dari tempat qada hajat itu dengan kaki kanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ya, sememangnya umat Islam diajar berbuat demikian. Begitu juga dalam perihal beristinjak, semuanya dilakukan dengan tangan kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketahuilah bahawa terdapat beberapa hadis yang melarang umat Islam menyentuh kemaluan dengan tangan kanan ketika beristinjak, kata&nbsp;<strong>pendakwah Azhar Idrus<\/strong>&nbsp;menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/07\/Untitled-design-2021-07-21T153358.957.jpg\" alt=\"\" width=\"770\" height=\"513\"><\/p>\n\n\n\n<p id=\"caption-attachment-3450\">AZHAR IDRUS<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:&nbsp;<em>\u201cApabila kencing salah seorang daripada kamu, maka janganlah memegang kemaluan dengan tangan kanannya dan janganlah dia beristinjak dengan tangan kanannya.\u201d<\/em>&nbsp;(Hadis Riwayat al-Bukhari)<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga disebut dalam sebuah hadis lain yang turut diriwayatkan oleh Abu qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:&nbsp;<em>\u201cJangan seorang daripada kamu memegang zakarnya dengan tangan kanan ketika dia sedang kencing dan jangan menyapu ketika istinjak dengan tangan kanannya.\u201d<\/em>&nbsp;(Hadis Riwayat Muslim)<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>Berdasarkan nas tersebut, Azhar berkata, jelaslah bahawa kita dilarang memegang kemaluan ketika qada hajat dengan tangan kanan dan tidak menggunakan tangan berkenaan untuk membersihkan qubul serta dubur daripada najis.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>\u201cBegitu juga halnya apabila kita menyapu alat sulit tadi dengan alat istinjak lain seperti batu umpamanya dengan tangan kanan.<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"770\" height=\"513\" src=\"https:\/\/sinarislamplus.sinarharian.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/Untitled-design-7.jpg\" alt=\"Istinjak\"><\/p>\n\n\n\n<p id=\"caption-attachment-4963\">GUNAKAN tangan kiri apabila beristinjak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya larangan menggunakan tangan kanan itu bermaksud perintah menggunakan tangan kiri dalam melakukan semua perkara tersebut,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitupun, penceramah terkenal itu menjelaskan, jumhur fuqaha menyatakan, hukum menggunakan tangan kanan ketika bersuci daripada najis adalah makruh dan bukannya haram.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, jika seseorang itu ingin beristinjak dengan menggunakan air, maka tuanglah air tadi dengan tangan kanan, manakala tangan kiri pula digunakan untuk menggosok bahagian qubul mahupun dubur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeandainya seseorang tidak dapat menggunakan tangan kiri akibat sakit atau ketiadaan anggota berkenaan, maka tidak mengapa dia melakukannya dengan tangan kanan. Hanya orang yang uzur sahaja diberi kelonggaran,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>Foto: Unsplash &amp; Pexels<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KETIKA&nbsp;masuk ke dalam tandas, secara automatik kita akan menggunakan kaki kiri dan keluar dari tempat qada hajat itu dengan kaki kanan. Ya, sememangnya umat Islam diajar berbuat demikian. Begitu juga dalam perihal beristinjak, semuanya dilakukan dengan tangan kiri. Ketahuilah bahawa terdapat beberapa hadis yang melarang umat Islam menyentuh kemaluan dengan tangan kanan ketika beristinjak, kata&nbsp;pendakwah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4098","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4098"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4098\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4100,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4098\/revisions\/4100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}