{"id":4246,"date":"2022-01-06T11:25:58","date_gmt":"2022-01-06T03:25:58","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=4246"},"modified":"2022-01-06T11:26:00","modified_gmt":"2022-01-06T03:26:00","slug":"46-tahun-tak-pernah-basuh-periuk-rahsia-kedai-bihun-sup-ini-digemari-ramai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/06\/46-tahun-tak-pernah-basuh-periuk-rahsia-kedai-bihun-sup-ini-digemari-ramai\/","title":{"rendered":"46 Tahun Tak Pernah Basuh Periuk, Rahsia Kedai Bihun Sup Ini Digemari Ramai"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/11\/wattana-panichh.jpg\" alt=\"Tak Pernah Basuh Periuk 46 Tahun Rahsia Kedai Bihun Sup Sedap\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><em>46 Tahun Tak Pernah Basuh Periuk, Rahsia Kedai Bihun Sup Ini Digemari Ramai<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Jika sesebuah kedai itu menyajikan makanan yang kena dengan selera kita, pastinya kita akan berulang kali datang untuk menyantap makanan itu dan menjadikan kedai itu adalah kedai kegemaran kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu restoran paling popular di kejiranan Ekkamai di Bangkok, Wattana Panich tidak pernah putus dengan kehadiran pelanggan yang lapar untuk menikmati keenakan sup istimewanya setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Wattana Panich mendapat reputasi sebagai salah sebuah kedai bihun sup paling terkenal di Thailand. Tetapi rahsia hidangan istimewa yang disajikan di restoran Thai ini mungkin memotong selera kebanyakan orang luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Rahsia mereka adalah tidak pernah basuh periuk selama 46 tahun.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/11\/smoking-rf-getty-179.jpg\" alt=\"Tak Pernah Basuh Periuk 46 Tahun Rahsia Kedai Bihun Sup Sedap\" class=\"wp-image-21130\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Kata pemiliknya, Nattapong Kaweenuntawong, menjelaskan periuk yang digunakan untuk mereneh bihun sup daging atau dipanggil&nbsp;<em>neua tune<\/em>&nbsp;dalam bahasa Thailand tidak pernah dibasuh.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cSelama 45 tahun, sejak hari pertama kedai ini dibuka sehinggalah sekarang, kuah sup kami tak pernah dibuang. Ia disimpan sebelum dijadikan asas untuk sup baru esok,\u201d jelas Kaweenuntawong kepada media pada tahun 2019.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Kaweenuntawong berkata kuah supnya yang berusia 45 tahun mempunyai \u2018aroma dan rasa yang unik\u2019.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cApabila kami tutup kedai, kami akan terus memanaskannya semalaman dengan api perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan-bahan dalam kuah sup tersebut.<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Jika diperhatikan di sekeliling periuk neua tune di restoran itu, kelihatan ada bentukan kerak besar. Menurut Kaweenuntawong, kerak tersebut terbentuk hasil tumpahan kuah sup sejak 1974.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara bahan-bahan yang digunakan oleh restoran Wattana Panich dalam bihun sup mereka adalah daging lembu, bebola daging, perut lembu, bihun dan daun sup.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Kaweenuntawong yang kini berusia 40 tahun mengusahakan restoran bersama ibu dan isterinya, kuah sup lama yang paling penting sekali untuk semua bahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kaweenuntawong merupakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan restoran unik itu dan berharap anaknya pula akan meneruskan perniagaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Konsep tak basuh periuk memasak sudah lama<\/strong><\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/11\/IMG-20190730-WA0008-1.jpg\" alt=\"Tak Pernah Basuh Periuk 46 Tahun Rahsia Kedai Bihun Sup Sedap\" class=\"wp-image-21131\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Sebenarnya konsep masak tak basuh periuk untuk menjadikan makanan semakin sedap tidak asing dalam dunia kulinari.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kala ia dipanggil&nbsp;<em>pot-au-feu<\/em>. Kadangkala&nbsp;<em>hunter\u2019s pot<\/em>&nbsp;atau&nbsp;<em>perpetual stew<\/em>. Tetapi semuanya merujuk kepada amalan menyimpan kuah sup dengan pemanasan api kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahan yang ditambah cuma daging, sayur dan air dan dibuang hanyalah lapisan lemak di atas kuah sup kerana di situlah bakteria berkumpul.<\/p>\n\n\n\n<p>Kuah sup yang dimasak dengan cara begini, katanya selamat dimakan dan ditambah rasanya unik dan lain dengan sup yang dimasak dalam periuk baru tetapi dua perkara ini perlu dibuat:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1.<\/strong>&nbsp;Lemak di bahagian atas kuah sup dibuang setiap kali kitaran masak baru bermula.<br><strong>2.<\/strong>&nbsp;Sayur dan daging yang berlebihan dibuang setiap dua kitaran memasak.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak sangka kedai makan yang bertahan lama ini mempunyai konsep sebegini. Terbayang-bayang kedai sup yang ada disekeliling, bagaimana proses memasak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia mungkin bukan tempat memasak terkotor dalam sejarah, tetapi ia tetap menjadi sejarah tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber:&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.makanlena.com\/tak-pernah-basuh-periuk-selama-46-tahun-rahsia-kedai-ini-kekal-reputasi-bihun-sup-paling-sedap\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">MakanLena<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>46 Tahun Tak Pernah Basuh Periuk, Rahsia Kedai Bihun Sup Ini Digemari Ramai Jika sesebuah kedai itu menyajikan makanan yang kena dengan selera kita, pastinya kita akan berulang kali datang untuk menyantap makanan itu dan menjadikan kedai itu adalah kedai kegemaran kita. Salah satu restoran paling popular di kejiranan Ekkamai di Bangkok, Wattana Panich tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4246","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4246","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4246"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4248,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4246\/revisions\/4248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}