{"id":4478,"date":"2022-01-09T11:49:16","date_gmt":"2022-01-09T03:49:16","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=4478"},"modified":"2022-01-09T11:49:18","modified_gmt":"2022-01-09T03:49:18","slug":"lelaki-ini-dedah-beza-sistem-cara-kerja-antara-rakyat-malaysia-dan-jerman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/09\/lelaki-ini-dedah-beza-sistem-cara-kerja-antara-rakyat-malaysia-dan-jerman\/","title":{"rendered":"Lelaki Ini Dedah Beza Sistem Cara Kerja Antara Rakyat Malaysia Dan Jerman"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2019\/08\/Cara-Kerja-Di-Malaysia-1.jpg\" alt=\"Cara Kerja Di Malaysia 1\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>8 Ogos lalu, Kisi, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendedahkan Kuala Lumpur menduduki tempat ke-40 paling rendah dalam kerjaya dan hidup seimbang (work-life balance).<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lelaki di Facebook telah berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan cara kerja di Jerman dan di Malaysia yang dirasakan sangatlah jauh jurang perbezaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau lihat dalam senarai yang dikeluarkan Kisi, dua daripada bandar Jerman tersenarai dalam lima teratas iaitu Munich dan Hamburg, manakala Berlin pula di kedudukan ke-6.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana di Jerman, waktu kerja tamat pada jam 6 maka pada jam 6 jugalah semua pekerja akan pulang. Jika masih ada urusan kerja yang tidak selesai maka ianya akan dibawa ke hari yang seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat di Jerman nampak seperti tidak bekerja atau sangat rileks, tetapi sebenarnya di setiap kerja yang mereka lakukan lebih produktif.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2019\/08\/Cara-Kerja-Di-Malaysia.jpg\" alt=\"Cara Kerja Di Malaysia\" class=\"wp-image-3892\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan kita di Malaysia. Di Malaysia, pekerja rata-ratanya kuat bekerja tetapi dalam sistem yang tidak efisyen. Maka ini bermakna kita bukanlah produktif tetapi teramatlah sibuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerja kuat ini kemudiannya diturunkan daripada generasi ke generasi sehinggalah pada zaman milenial ini pun masih lagi terikut dengan cara kerja zaman 1980-an.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Work-life balance<\/em>&nbsp;pada zaman kini menolak eksploitasi pekerja dan memberikan keuntungan kepada pekerja agar pekerja hidup lebih bermaruah; bekerja bukan sebagai hamba kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila wujudnya individu yang marah pada staf hospital kerana tertidur semasa bertugas atau marah pada staf yang memohon MC, itu tandanya wujud simptom<em>&nbsp;work-life balance<\/em>&nbsp;yang buruk; bekerja terlampau kuat dalam sistem tidak efisyen. Hanya selalu sibuk tetapi tidak pernah produktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu dimaki, dipecat dan lain-lain seakan sudah menjadi normal dalam kehidupan. Akhirnya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai kewangan yang tidak stabil, tiada masa senggang, tidur tidak cukup, sentiasa marah dan sedih selalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi wujud lagikah maruah sebagai manusia jika semua ini berlaku?<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber:&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/efenem\/posts\/10156455173371417\">Faiz Najmi<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>8 Ogos lalu, Kisi, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendedahkan Kuala Lumpur menduduki tempat ke-40 paling rendah dalam kerjaya dan hidup seimbang (work-life balance). Seorang lelaki di Facebook telah berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan cara kerja di Jerman dan di Malaysia yang dirasakan sangatlah jauh jurang perbezaannya. Kalau lihat dalam senarai yang dikeluarkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4478","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4478"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4480,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4478\/revisions\/4480"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}