{"id":464,"date":"2018-12-26T10:56:51","date_gmt":"2018-12-26T02:56:51","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=464"},"modified":"2018-12-26T11:11:34","modified_gmt":"2018-12-26T03:11:34","slug":"464","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2018\/12\/26\/464\/","title":{"rendered":"Cara Mengawal Stres"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-465 aligncenter\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-content\/uploads\/sites\/1070\/2018\/12\/h8cd2ygg-1501513898-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-content\/uploads\/sites\/1070\/2018\/12\/h8cd2ygg-1501513898-300x225.jpg 300w, https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-content\/uploads\/sites\/1070\/2018\/12\/h8cd2ygg-1501513898-768x576.jpg 768w, https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-content\/uploads\/sites\/1070\/2018\/12\/h8cd2ygg-1501513898.jpg 800w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p>Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila \u00a0tuntutan tidak dapat dipenuhi.<\/p>\n<p>Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.<\/p>\n<p>Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.<\/p>\n<p>Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.<\/p>\n<p>Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.<\/p>\n<p>Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.<\/p>\n<p>Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B<\/p>\n<p>Kaedah 10B ini adalah :-<\/p>\n<ol>\n<li>bertenang<\/li>\n<li>bernafas dengan dalam<\/li>\n<li>berkata `rilakslah\u2019\/ tak mengapa<\/li>\n<li>beribadat<\/li>\n<li>bercakap dengan seseorang<\/li>\n<li>berurut<\/li>\n<li>berehat dan mendengar muzik<\/li>\n<li>beriadah<\/li>\n<li>bersenam<\/li>\n<li>berfikiran positif<\/li>\n<\/ol>\n<p><strong>Bertenang.\u00a0<\/strong><br \/>\nSetiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,\u00a0 bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.<\/p>\n<p><strong>Bernafas dengan dalam<\/strong>.<br \/>\nLakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida\u00a0 dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.<\/p>\n<p><strong>Berkata, ` Relakslah\u2019<\/strong>.<br \/>\nCuba katakan pada diri sendiri,\u00a0 saya ni stres, \u2018Relakslah\u2019, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .\u00a0 Bawalah bersabar.\u00a0 Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.<\/p>\n<p><strong>Beribadat.\u00a0\u00a0<\/strong><br \/>\nSekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat\u00a0 seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.\u00a0 Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.<\/p>\n<p><strong>Berkongsi perasaan dengan seseorang<\/strong><br \/>\nBercakaplah dengan ahli keluarga atau \u00a0kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .\u00a0 Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.<br \/>\nApabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.\u00a0 Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.<\/p>\n<p><strong>Berurut.\u00a0\u00a0<\/strong><br \/>\nApabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.\u00a0 Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.<\/p>\n<p>Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.<\/p>\n<p><strong>Berehat dan mendengar muzik.\u00a0<\/strong><br \/>\nApabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang\u00a0 lembut.\u00a0 Muzik \u00a0dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta\u00a0 pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda \u00a0\u00a0berasa tenang.\u00a0 Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.<\/p>\n<p><strong>Beriadah.\u00a0<\/strong><br \/>\nLuangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti\u00a0 di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.\u00a0 Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.\u00a0 Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.<br \/>\n<strong>Bersenam.\u00a0\u00a0<\/strong><br \/>\nBersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan \u00a0bersenam\u00a0 ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.<br \/>\nAntara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.<\/p>\n<p><strong>Berfikiran positif<\/strong>.<br \/>\nStres \u00a0juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.\u00a0 Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba \u00a0melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.<\/p>\n<p>Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.\u00a0 Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.<\/p>\n<p>Dengan melakukan kaedah 10B, \u00a0kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.<\/p>\n<p>Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.<\/p>\n<p>Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Credit : myhealth.gov.my<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila \u00a0tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Umumnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-464","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/464","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=464"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/464\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":467,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/464\/revisions\/467"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=464"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=464"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=464"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}