{"id":4968,"date":"2022-01-30T12:58:45","date_gmt":"2022-01-30T04:58:45","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=4968"},"modified":"2022-01-30T12:58:47","modified_gmt":"2022-01-30T04:58:47","slug":"sejarah-di-sebalik-hari-pekerja-yang-tidak-sama-seperti-kita-fikirkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/30\/sejarah-di-sebalik-hari-pekerja-yang-tidak-sama-seperti-kita-fikirkan\/","title":{"rendered":"Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja Yang Tidak Sama Seperti Kita Fikirkan"},"content":{"rendered":"\n<p>Tanggal 1 Mei telah dikhaskan sebagai Hari Buruh atau Hari Pekerja diseantero dunia. Namun tahukah anda tentang sejarah atau asal usul Hari Buruh ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Acapkali kita menyambut hari bersejarah ini, namun fahamkah kita disebalik tertubuhnya hari khas ini selain daripada pemahaman yang mengaitkan Hari Pekerja adalah hari bagi semua yang bergelar pekerja berehat dan bercuti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya Hari Pekerja bukan sepertimana yang kita semua fikirkan. Ia bukan sekadar cuti umum dalam kalendar cuti sesebuah negara, apatah lagi bagi negara yang mempunyai cuti umum terbanyak di dunia seperti Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada asalnya, ia sepatutnya digelar Hari Buruh yang merujuk kepada perkataan \u2018Buruh\u2019 atau \u2018Labour\u2019 dalam bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan pekerjaan yang menggunakan kudrat dan tenaga manusia secara manual.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, Hari Buruh ini bukanlah untuk individu yang melakukan kerja pentadbiran, pengkeranian, perguruan atau apa sahaja yang tidak menggunakan kudrat tulang empat kerat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sejarah Hari Buruh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hari Buruh diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung harap kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan \u2018laissez faire\u2019 yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti. Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut menuntut hak, iaitu&nbsp;<strong>lapan jam bekerja sehari<\/strong>&nbsp;dan&nbsp;<strong>cuti rehat seminggu sekali<\/strong>, di samping turut dibayar upah yang setimpal.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak kepada perjuangan buruh dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886. Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.<\/p>\n\n\n\n<p>Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh. Inilah sejarah perjuangan para buruh dalam memperjuangkan hak mereka dan kita hari ini sebagai pekerja.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/05\/4a17909u-e1588307628154.jpg\" alt=\"Sejarah Hari Pekerja\" class=\"wp-image-14449\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Kini, Hari Buruh dipanggil Hari Pekerja sempena mengambil kira bahawa mereka yang bekerja \u2018makan gaji\u2019 itu juga adalah buruh kerana sifat umum seseorang buruh pada masa dahulu ialah menerima upah daripada hasil pekerjaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia diwujudkan untuk mengenang perjuangan menuntut hak dan kesaksamaan satu kelompok yang bernama pekerja.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Hari Buruh pertama di Tanah Melayu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hari Buruh buat pertama kali disambut di Tanah Melayu pada tahun 1921 oleh golongan anarkis di Ipoh, Perak. Perhimpunan May Day itu dihadiri oleh para pekerja dan pelajar di Ipoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 1 Mei 1919, Goh Tun-ban, seorang anarkis di Tanah Melayu telah menerbitkan rencana khas dalam akhbar tentang gerakan buruh seluruh dunia, khas bagi menyambut May Day. British pada ketika itu risau dengan gerakan idealogi ini dan menangkap Goh Tun-ban untuk dipenjarakan. Namun, gerakan ini masih meluas dan tersebar ke seluruh negeri.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/05\/2017-may-day-protest.jpg\" alt=\"Sejarah Hari Pekerja\" class=\"wp-image-14450\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Sumber:&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/25987\/KOLUMNIS\/Makna-sebenar-Hari-Pekerja\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Sinar Harian<\/a>,&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.orangperak.com\/hari-buruh-pertama-malaya-disambut-di-ipoh.html\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Orang Perak<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanggal 1 Mei telah dikhaskan sebagai Hari Buruh atau Hari Pekerja diseantero dunia. Namun tahukah anda tentang sejarah atau asal usul Hari Buruh ini? Acapkali kita menyambut hari bersejarah ini, namun fahamkah kita disebalik tertubuhnya hari khas ini selain daripada pemahaman yang mengaitkan Hari Pekerja adalah hari bagi semua yang bergelar pekerja berehat dan bercuti. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-4968","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4968","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4968"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4968\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4970,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4968\/revisions\/4970"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4968"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4968"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4968"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}