{"id":5012,"date":"2022-01-30T13:24:40","date_gmt":"2022-01-30T05:24:40","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=5012"},"modified":"2022-01-30T13:24:42","modified_gmt":"2022-01-30T05:24:42","slug":"kerap-panggil-pekerja-sayang-jadi-punca-bos-durjana-ini-dipecat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/30\/kerap-panggil-pekerja-sayang-jadi-punca-bos-durjana-ini-dipecat\/","title":{"rendered":"Kerap Panggil Pekerja \u2018Sayang\u2019 Jadi Punca Bos Durjana Ini Dipecat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahukah anda, tindakan panggil rakan sekerja anda dengan panggilan \u2018Sayang\u2019 boleh menyebabkan anda dipecat?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut seorang peguam,<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/photo.php?fbid=3221134254622014&amp;set=a.308742502527885&amp;type=3\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">\u00a0Liyana<\/a>\u00a0menerusi satu perkongsian di hantaran Facebooknya, Mahkamah Industri L M v.Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR seorang majikan telah dipecat kerana didapati bersalah di atas tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas setiausahanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majikan tersebut didapati bersalah di atas tuduhan memanggil setiausahanya \u2018Sayang\u2019 secara berkali-kali bukan sahaja dalam komunikasi menerusi platform sosial, WhatsApp tetapi juga kita dalam urusan rasmi (mesyuarat) bersama kakitangan lain.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\" id=\"attachment_18184\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/08\/Tindakan-Panggil-Rakan-Sekerja-Sayang-Boleh-Jadi-Punca-Anda-Dipecat-1024x512.jpg\" alt=\"Tindakan Panggil Rakan Sekerja \u2018Sayang\u2019 Boleh Jadi Punca Anda Dipecat\" class=\"wp-image-18184\" \/><figcaption>Sumber: Bright HR<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun majikan tersebut cuba berdalih memberi alasan bahawa panggilan \u2018Sayang\u2019 tersebut dibenarkan oleh setiausahanya (mangsa) dan menganggap mangsa seperti anaknya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun lain yang berlaku sepanjang prosiding mahkamah berlangsung. Mangsa tidak suka dengan panggilan tersebut dan merasa malu sehinggakan rakan sekerjanya yang lain ramai mengusik mangsa sebagai \u2018Sayang Boss\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan itu sahaja, majikan tersebut turut didapati melakukan beberapa tindakan lain yang menyebabkan mangsa tidak selesa, iaitu:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li>Meminta agar mangsa membeli baju untuk acara makan malam kerja kumpulan dengan mengatakan beliau mahu setiausahanya kelihatan paling cantik pada malam tersebut.<\/li><li>Meminta mangsa bersalam tangan dan memegang lama tangan mangsa selain daripada memberi komen tangan mangsa kasar dan membelikan mangsa losyen tangan kerana inginkan kulit tangan mangsa mulus dan lembut.<\/li><li>Tidak mahu dijemput pemandu dan meminta mangsa menjemput beliau sendiri yang mana ianya merupakan luar skop kerja mangsa.<\/li><\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Liyana turut menjelaskan, pada awalnya mangsa mahu meletak jawatan keran tertekan dengan tindakan majikannya namun hasil siasatan mendapati majikan tersebut memang bersalah berdasarkan kepada kesemua tuduhan berdasarkan saksi dan bukti-bukti yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Liyana menegaskan sekiranya para wanita merupakan mangsa kepada gangguan ini, bolehlah melaporkannya pada jabatan pengurusan sumber manusia berserta bukti-bukti kukuh yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang diambil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa contoh lain yang boleh dikaitkan dengan gangguan seksual adalah memberikan perhatian yang melebih-lebih seperti meminta mengambil beliau di lapangan terbang, memberi hadiah seperti minyak wangi dan bunga pada hari Valentines serta menyentuh tanpa mendapat kebenaran.<a href=\"https:\/\/magnesteps-my.medcare-info.com\/?click_id=GiBi7rXcAbOkwkZoKEkhNYpvZlu6H4QkFLEPjK7f7FBWESCdn1Aor-C_n_Dhxqf7AQ&amp;site=exnanocreative-odisi&amp;thumbnail=http%3A%2F%2Fcdn.taboola.com%2Flibtrc%2Fstatic%2Fthumbnails%2F198dcc19bc0b9bbcc66d00d21066d3aa.jpg&amp;title=Hentikan+kesakitan+di+seluruh+badan%21&amp;campaign_id=7220762&amp;site_id=1429694&amp;campaign_item_id=2944592289&amp;utm_source=taboola&amp;utm_medium=referral&amp;tblci=GiBi7rXcAbOkwkZoKEkhNYpvZlu6H4QkFLEPjK7f7FBWESCdn1Aor-C_n_Dhxqf7AQ#tblciGiBi7rXcAbOkwkZoKEkhNYpvZlu6H4QkFLEPjK7f7FBWESCdn1Aor-C_n_Dhxqf7AQ\" rel=\"noreferrer noopener\" target=\"_blank\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tahukah anda, tindakan panggil rakan sekerja anda dengan panggilan \u2018Sayang\u2019 boleh menyebabkan anda dipecat? Menurut seorang peguam,\u00a0Liyana\u00a0menerusi satu perkongsian di hantaran Facebooknya, Mahkamah Industri L M v.Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR seorang majikan telah dipecat kerana didapati bersalah di atas tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas setiausahanya. Majikan tersebut didapati bersalah di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-5012","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5014,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5012\/revisions\/5014"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}