{"id":5056,"date":"2022-01-30T13:45:01","date_gmt":"2022-01-30T05:45:01","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/?p=5056"},"modified":"2022-01-30T13:45:04","modified_gmt":"2022-01-30T05:45:04","slug":"kisah-lelaki-yang-solat-selama-60-tahun-tetapi-tidak-diterima-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/2022\/01\/30\/kisah-lelaki-yang-solat-selama-60-tahun-tetapi-tidak-diterima-allah\/","title":{"rendered":"Kisah Lelaki Yang Solat Selama 60 Tahun Tetapi Tidak Diterima Allah"},"content":{"rendered":"\n<p>Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Merupakan tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf, kewajipan untuk menunaikan solat banyak terdapat dalam dalil Al-Quran dan Al-Hadith.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah telah merobohkan tiang agama kerana seumpama tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahukah anda, ada seorang individu yang solat selama 60 tahun namun tidak pernah diterima Allah.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/odisi.my\/app\/uploads\/2020\/04\/solat-sunat-tarawih-2.jpg\" alt=\"solat sunat tarawih 2\" class=\"wp-image-14123\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Dalam perkongsian&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/DrAhmadSanusi\/photos\/a.630364610634002\/1253802888290168\/?type=3&amp;__tn__=H-R\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\"><strong>Dr Ahmad Sanusi<\/strong><\/a>, Rasullullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapatnya seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun tetapi solatnya tidak diterima Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu sabda Rasulullah yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cSeorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku\u2019nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.\u201d<\/p><p>(HR Ibn Abi Syaibah)<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Malah baginda Rasulullah secara spesifik telah mengingatkan umat manusia mengenai perbuatan rukuk dan sujud yang sering diabaikan sebahagian manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabda Rasulullah yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\"><p>\u201cSeburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.\u201d<\/p><p>(HR Ahmad)<\/p><\/blockquote>\n\n\n\n<p>Oleh itu, berusahalah kita menunaikan solat dengan sempurna agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia di sisi Tuhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah. Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Merupakan tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf, kewajipan untuk menunaikan solat banyak terdapat dalam dalil Al-Quran dan Al-Hadith. Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah telah merobohkan tiang agama kerana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":704,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-5056","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5056","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/users\/704"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5056"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5056\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5058,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5056\/revisions\/5058"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5056"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5056"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/norziana\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5056"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}