Penjualan pelekat kenderaan bagi sesi 2023/2024 telah dibuka bermula 18 Jun 2023. Permohonan adalah melalui portal MyUTM.(https://my.utm.my/login)
Pelekat kenderaan UTM terdapat dalam tiga kategori sahaja iaitu:
Warna Biru – Pelekat kenderaan staf bagi tempoh dua tahun dikenakan caj RM10.00
Warna Merah – Pelekat kenderaan pelajar bagi tempoh satu tahun dikenakan caj RM5.00
Warna Oren – Pelekat kenderaan kontraktor bagi tempoh satu tahun dikenakan caj RM10.00
Dokumen yang perlu dimuatnaik :
- salinan lesen memandu
- Salinan polisi insuran penuh
Pembayaran boleh terus dibuat secara atas talian. Anda akan menerima bukti pembayaran di emel UTM.
Pelekat kenderaan boleh diambil setelah permohonan diluluskan “Approved”. Antara sebab permohonan ditolak adalah seperti fail yang tidak dapat dibaca, memuat naik cover note dan bukannya polisi insuran yang penuh.
Kepada staf yang perbaharui insurans menggunakan Bjak.my, anda perlu WhatsApp Bjak.com dan minta mereka berikan polisi insurans yang penuh. Ini kerana Bjak hanya memberikan cover note.
Semasa hadir untuk mendapatkan pelekat kenderaan,sila sediakan salinan bukti bayaran yang telah diterima didalam emel selepas selesai pembayaran.
Sekiranya terdapat sebarang masalah semasa membuat permohonan, boleh terus ke Kaunter Unit Lalulintas di Balai Keselamatan UTM bagi mendapatkan bantuan.
Syarat dan terma penggunaan pelekat kenderaan UTM :
- Semua kenderaan staf, pelajar dan kontraktor yang berada dan berurusan di dalam kampus adalah DIWAJIBKAN mempunyai pelekat kenderaan yang sah mengikut tahun semasa;
- Pelekat kenderaan hendaklah sentiasa dipamerkan di cermin kiri hadapan kereta. Manakala, untuk motosikal perlu ditampal di tempat yang mudah dilihat.Pelekat kenderaan tidak boleh dipindah milik atau bertukar kenderaan;
- Pelajar Tahun 1 Undergraduate dan Pelajar Asasi UTMSpace adalah tidak dibenarkan untuk memohon pelekat kenderaan dan juga tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan ke dalam kampus;
- Kegagalan mempamerkan pelekat kenderaan yang sah akan mengganggu kelancaran urusan keluar/ masuk ke dalam kampus; dan
- Penguatkuasaan pelekat kenderaan akan dilaksanakan dari masa ke semasa dan sekiranya pemilik kenderaan gagal mempamerkan pelekat kenderaan yang sah, kompaun tidak melebihi RM50.00 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.
Jom perbaharui pelekat kenderaan bagi mengelakkan dikompaun.