Taklimat internship/praktikum kaunseling diberikan oleh PM Dr Mastura Mahfar selaku Penyelaras Internship/Praktikum. Dibantu bersama Dr Tan Joo Siang, Dr Jamaludin Ramli, Dr Nur Azmina dan Dr Fauziah Ziden kepada pelajar postgraduate program Kaunseling.
Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar yang akan menjalani internship dan praktikum di setting masing-masing.
Tahun 2016 belajar dengan Profesor Madya Dr Hashim Othman dalam kuliah Kaunseling Keluarga di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.
Tahun 2019 mula mengaplikasikan ilmu Kaunseling Keluarga melalui perkhidmatan sesi berbayar kepada klien.
Tahun 2022 mula mengajar subjek Kaunseling Keluarga di UNISHAMS dan USM.
Tahun 2024 meningkatkan tahap kefahaman berdasarkan perspektif view team pensyarah USIM.
Tujuan menghadiri kursus pensijilan profesional untuk mengintegrasikan amalan kaunseling keluarga secara ilmiah dan praktikal supaya tidak syok sendiri atau tidak terpesong konsep dan teori dalam pengamalan kaunseling keluarga.
Last but not least, supaya tidak mencemarkan reputasi profession kaunseling di Malaysia.
Soul & passion dalam bidang Kaunseling Keluarga & Perkahwinan.
Alhamdulillah ala kulli hal. Haza min fadhli rabbi.
Kursus PTM selama 5 hari yang begitu bermakna & berharga khususnya bersama kumpulan Next-Gen.
Aplikasi ilmu dalam bidang kaunseling mengajar diri ini menerima keunikan, meraikan kepelbagaian serta perbezaan yang ada pada individu.
Malah membantu diri ini untuk berkawan, berinteraksi dan berkomunikasi dengan manusia yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia, sosio-ekonomi dan skim perkhidmatan.
Sentiasa ingat pesanan tok guru hingga ke saat ini; Walau jauh mana sekali pun awak pergi belajar dan bekerja, awak perlu pandai bawa diri dan ada jati diri yang kukuh supaya menjaga etika profesionalisma dan integriti dalam bekerja.
Terima kasih kepada pihak fasilitator & urusetia yang banyak membantu.
Alhamdulillah ala kulli hal. Haza min fadli rabbi.
Konsep menjadi rakan sebaya kepada anak-anak pelajar supaya lebih dekat untuk menjiwai dunia mereka dan lebih mudah untuk membantu permasalahan mereka.
Sejak pernah bertugas di Sekolah Tunas Bakti Marang (Institusi Pemulihan) dan memasuki dunia akademia di universiti secara part time, diri ini banyak mempelajari untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik untuk mengajar, mendidik dan membimbing pelajar remaja, awal dewasa dan dewasa.
Tok guru zaman belajar dulu sentiasa berpesan pada diri ini:
“Didik dan bimbinglah anak-anak pelajar seperti anak awak sendiri walaupun bukan awak yang mengandungkan dan melahirkan mereka kerana mereka adalah ladang pahala untuk awak jadikan sebagai bekalan ke akhirat nanti”.
“Asbab ilmu dan didikan yang awak beri pada mereka nescaya segala urusan awak akan dipermudahkan oleh Allah walau di mana pun awak berada. Percayalah tiada yang sia-sia usaha seorang hambaNYA”.
Alhamdulillah ala kulli hal. Sejak bertahun-tahun ALLAH permudahkan banyak urusan diri ini asbab yang datang daripada anak-anak pelajar.
Diri ini sebagai pendidik juga sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak pelajar agar mereka bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah ala kulli hal. Haza min fadli rabbi.
Simposium Amalan Terbaik, Inovasi, Apresiasi dan Pertanding Kaunseling Kerjaya Murid
Bertemakan “Eksplorasi Maksima Dunia Kerjaya STEM”
Terima kasih pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas jemputan sebagai Juri/Hakim bagi Anugerah Ikon Inspirasi Guru Bimbingan & Kaunseling peringkat Negeri Johor
Proses dan pengalaman dalam kehidupan adalah penting.
Bersama pensyarah dari IPG dan Pegawai PPD Daerah Tangkak
Bersama team urusetia yang banyak membantu melancarkan proses penjurian.
Alhamdulillah ala kulli hal. Haza min fadhli rabbi.
Erti hidup dengan memberi. Terus berjuang dan memberi sumbangan bakti selagi bernyawa.
Mengenali diri sendiri & mengetahui kepercayaan diri sendiri
Mengetahui keutamaan dan matlamat diri sendiri
Mengenal pasti kekuatan diri, kelemahan yang perlu diperbaiki, nilai yang dipegang oleh diri sendiri dan motivasi diri sebagai pendidik.
Menggunakan pendekatan penilaian kendiri/refleksi kendiri
Mendapatkan maklum balas daripada rakan sejawat dan pelajar
Melakukan refleksi kendiri untuk lebih memahami diri sendiri dan melakukan penambahbaikan secara berterusan.
2. PENERIMAAN TERHADAP DIRISENDIRI
Menerima dan memahami tingkah laku diri sendiri
Menerima dan memahami motivasi diri sendiri
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk menyampaikan idea dengan efektif
Menyelesaikan konflik dengan berhikmah
Membimbing dan menyokong pelajar serta rakan pensyarah muda/baru
Mencari peluang untuk membina rangkaian profesional dan mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, badan berkanun dan komuniti
3. PENGURUSAN DIRI
Mengetahui aspek dan bidang yang perlu pelajari
Menyediakan pelan pembelajaran sepanjang hayat
Menetapkan matlamat yang jelas dan boleh diukur untuk pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penulisan, perundingan dan pembangunan profesionalisma.
Mempelbagaikan strategi pengurusan masa untuk mengimbangi antara pengajaran, penyelidikan, penyeliaan, perundingan, tugas pentadbiran dan kehidupan peribadi secara berkesan.
Mengutamakan tugas dan menguruskan tekanan dengan baik melalui teknik relaksasi minda (mindfulness), keutamaan tugasan, dan pembahagian tugasan yang efisien.
4. PERKEMBANGAN DIRI
Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
Melaksanakan rutin orang berjaya untuk menyokong perkembangan diri
Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mencipta kejayaan
Membina hubungan baik dengan rakan sejawat, pelajar dan pihak berkepentingan lain dalam komuniti dan bidang ilmu
Mendengar secara aktif untuk memahami keperluan orang lain.
Mewujudkan persekitaran yang kolaboratif dan menyokong dalam jabatan dan pelajar.
Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat dengan menghadiri bengkel, persidangan, dan seminar yang berkaitan dengan pendidikan dan kepimpinan.
ASPEK YANG BERJAYA & CEMERLANG
Perkhidmatan Profesional seperti penglibatan sebagai penceramah, juri, panel forum yang dijemput oleh pihak luar seperti agensi, sekolah dan yayasan
Mempunyai Sijil Amalan Guaman dan Sijil Kaunselor Berdaftar
Mempunyai pengalaman bekerja di agensi kerajaa, swasta dan persendirian
Mempunyai pengalaman sebagai Sukarelawan JKM & Sukarelawan Kaunselor Berdaftar
ASPEK YANG PERLU PENAMBAHBAIKAN
Meningkatkan kemahiran penulisan kertas kerja penyelidikan untuk memohon geran penyelidikan dalaman, FRGS dan geran luar/industri
Meningkatkan penulisan artikel jurnal dalam bidang kaunseling dan integrasi bidang perundangan
Meningkatkan penulisan buku penyelidikan dan buku karya asli dalam bidang kaunseling dan integrasi bidang perundangan
Definisikan kejayaan mengikut acuan diri sendiri, capai kejayaan dengan peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh diri sendiri, serta bina kehidupan yang membanggakan diri sendiri untuk dijalani.