LAWATAN KE MELAKA-PROGRAM INBOUND SOE & UNY

Konsep menjadi rakan sebaya kepada anak-anak pelajar supaya lebih dekat untuk menjiwai dunia mereka dan lebih mudah untuk membantu permasalahan mereka.

Sejak pernah bertugas di Sekolah Tunas Bakti Marang (Institusi Pemulihan) dan memasuki dunia akademia di universiti secara part time, diri ini banyak mempelajari untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik untuk mengajar, mendidik dan membimbing pelajar remaja, awal dewasa dan dewasa.

Tok guru zaman belajar dulu sentiasa berpesan pada diri ini:

“Didik dan bimbinglah anak-anak pelajar seperti anak awak sendiri walaupun bukan awak yang mengandungkan dan melahirkan mereka kerana mereka adalah ladang pahala untuk awak jadikan sebagai bekalan ke akhirat nanti”.

“Asbab ilmu dan didikan yang awak beri pada mereka nescaya segala urusan awak akan dipermudahkan oleh Allah walau di mana pun awak berada. Percayalah tiada yang sia-sia usaha seorang hambaNYA”.

Alhamdulillah ala kulli hal. Sejak bertahun-tahun ALLAH permudahkan banyak urusan diri ini asbab yang datang daripada anak-anak pelajar.

Diri ini sebagai pendidik juga sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak pelajar agar mereka bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah ala kulli hal. Haza min fadli rabbi.

Kerana Tuhan Untuk Manusia.