1. PENEROKAAN TERHADAP DIRI SENDIRI
- Mengenali diri sendiri & mengetahui kepercayaan diri sendiri
- Mengetahui keutamaan dan matlamat diri sendiri
- Mengenal pasti kekuatan diri, kelemahan yang perlu diperbaiki, nilai yang dipegang oleh diri sendiri dan motivasi diri sebagai pendidik.
- Menggunakan pendekatan penilaian kendiri/refleksi kendiri
- Mendapatkan maklum balas daripada rakan sejawat dan pelajar
- Melakukan refleksi kendiri untuk lebih memahami diri sendiri dan melakukan penambahbaikan secara berterusan.
2. PENERIMAAN TERHADAP DIRI SENDIRI
- Menerima dan memahami tingkah laku diri sendiri
- Menerima dan memahami motivasi diri sendiri
- Meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk menyampaikan idea dengan efektif
- Menyelesaikan konflik dengan berhikmah
- Membimbing dan menyokong pelajar serta rakan pensyarah muda/baru
- Mencari peluang untuk membina rangkaian profesional dan mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, badan berkanun dan komuniti
3. PENGURUSAN DIRI
- Mengetahui aspek dan bidang yang perlu pelajari
- Menyediakan pelan pembelajaran sepanjang hayat
- Menetapkan matlamat yang jelas dan boleh diukur untuk pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penulisan, perundingan dan pembangunan profesionalisma.
- Mempelbagaikan strategi pengurusan masa untuk mengimbangi antara pengajaran, penyelidikan, penyeliaan, perundingan, tugas pentadbiran dan kehidupan peribadi secara berkesan.
- Mengutamakan tugas dan menguruskan tekanan dengan baik melalui teknik relaksasi minda (mindfulness), keutamaan tugasan, dan pembahagian tugasan yang efisien.
4. PERKEMBANGAN DIRI
- Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
- Melaksanakan rutin orang berjaya untuk menyokong perkembangan diri
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mencipta kejayaan
- Membina hubungan baik dengan rakan sejawat, pelajar dan pihak berkepentingan lain dalam komuniti dan bidang ilmu
- Mendengar secara aktif untuk memahami keperluan orang lain.
- Mewujudkan persekitaran yang kolaboratif dan menyokong dalam jabatan dan pelajar.
- Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat dengan menghadiri bengkel, persidangan, dan seminar yang berkaitan dengan pendidikan dan kepimpinan.
ASPEK YANG BERJAYA & CEMERLANG
- Perkhidmatan Profesional seperti penglibatan sebagai penceramah, juri, panel forum yang dijemput oleh pihak luar seperti agensi, sekolah dan yayasan
- Mempunyai Sijil Amalan Guaman dan Sijil Kaunselor Berdaftar
- Mempunyai pengalaman bekerja di agensi kerajaa, swasta dan persendirian
- Mempunyai pengalaman sebagai Sukarelawan JKM & Sukarelawan Kaunselor Berdaftar
ASPEK YANG PERLU PENAMBAHBAIKAN
- Meningkatkan kemahiran penulisan kertas kerja penyelidikan untuk memohon geran penyelidikan dalaman, FRGS dan geran luar/industri
- Meningkatkan penulisan artikel jurnal dalam bidang kaunseling dan integrasi bidang perundangan
- Meningkatkan penulisan buku penyelidikan dan buku karya asli dalam bidang kaunseling dan integrasi bidang perundangan
Definisikan kejayaan mengikut acuan diri sendiri, capai kejayaan dengan peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh diri sendiri, serta bina kehidupan yang membanggakan diri sendiri untuk dijalani.