Philosophy Self Leadership as Educator

ADAB dan ETIKA

ADAB & ETIKA merupakan elemen penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi memastikan proses pengajaran berjalan lancar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan harmoni.

Sebagai seorang pensyarah, ADAB & ETIKA perlu dititik beratkan untuk membentuk insan seimbang, mengembangkan potens inteklual dan moral, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, mendorong pembetukan jati diri dan identity nasional serta memupuk hubungan social yang harmonis.

Pembentukan insan yang seimbang

Pensyarah merupakan role model dalam aspek moral dan sosial seseorang pelajar. Jika seorang pensyarah mengamalkan nilai-nilai seperti kesopanan, tanggungjawab, kejujuran, keikhlasan dan integriti, ianya secara tidak langsung dapat membentuk seseorang pelajar menjadi individu yang berakhlak mulia, seimbang dari segi Rohani dan emosi, cemerlang dan bermoral tinggi.

Mengembangkan potensi inteklual dan moral

Pesyarah yang beretika dan beradab dapat memberikan pendidikan yang berkualiti dan adil, membantu pelajar mengembangkan potensi iteklual mereka tanpa mengabaikan aspek moral dan etika. Berdasarkan nilai-nilai moral yang diamalkan seperti adil, sikap terbuka dan sabar, ia dalam menggalakkan pelajar untuk berfikir kreatis dan bertindak berdasarkan nilai-nilai moral.

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Etika menepati masa, menyediakan bahan ajar yang relevan, dan menunjukkan rasa hormat kepada pelajar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Ini membolehkan pelajar belajar dalam persekitaran yang positif, bebas daripada tekanan dan diskriminasi. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk perkembangan intelektual dan emosi pelajar untuk melahirkan insan yang sihat dan produktif.