Adab dan Etika Pensyarah Universiti

Pengenalan — Adab dan Etika

Penghayatan Nilai dan Peradaban telah dijadikan satu kursus wajib universiti di UTM yang bermatlamat untuk memperkenalkan para pelajar dengan nilai yang baik dan positif. Walaubagaimanapun bukan sahaja pelajar perlu diterapkan dengan adab dan etika malahan pensyarah juga sebagai pendidik perlu melengkapkan diri dengan pembelajaran sepanjang zaman dalam menyalurkan positiviti kepada pelajar peneraju masa hadapan negara.

Pendeta Zaa’ba menekankan hubungan spiritualiti dengan adab dan akhlak, hal ini kerana tanpa hubungannya, ianya sukar dilestarikan dengan baik.

Mengapakah adab dan etika penting?

Adab dan etika penting dalam membentuk diri seseorang. Menurut Pendeta Zaa’ba dalam ulasan pemikiran Zaa’ba yang dilakukan oleh Roshidah dan Razak (2021), perkara yang dipaparkan adalah berkaitan hubungan hati dengan akal yang membawa kepada lahirnya adab. Adab merangkumi kesantunan dan kesusilaan yang memperlihatkan nilai kemanusiaan dan budi yang tinggi. Dengan adanya adab akan menzahirkan nilai murni dalam setiap amalan kehidupan disulami akhlak mulia dan moral atau etika yang terpuji juga dikenali sebagai adab. Oleh itu, kesimpulan awal yang boleh diberikan adalah adab merupakan cerminan pendekatan spiritual individu.

Seterusnya, sebelum masihi, Aristotle telah menyebarkan kepentingan kebaikan moral pada ketika itu dan anak muridnya, Plato dan Socrates juga menulis buku berkaitan etika dan peradaban yang dikatakan ianya adalah pengetahuan yang perlu dipelajari. Etika merupakan satu normalisasi yang diterima oleh sesebuah masyarakat dan organisasi. Maka, etika pensyarah adalah melibatkan bidang tugas pensyarah terutamanya di UTM meliputi 7P skop tugas iaitu pengajaran dan pembelajaran, penerbitan, penyeliaan, penyelidikan, perundingan, penulisan dan juga perkhidmatan sosial kepada masyarakat. Semestinya, adab dan etika pensyarah perlu dijaga kerana pensyarah adalah individu yang paling rapat dengan pelajar dan pelajar berkemungkinan menjadikan pensyarah sebagai idola mereka selain ibu bapa mereka. Pemerhatian yang dilakukan oleh pelajar dan kebarangkalian pelajar meniru tingkah laku pensyarah dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura) di mana pembelajaran individu berlaku dengan pemerhatian dan meniru tindak tanduk disebabkan oleh dorongan atau motivasi tingkah laku serta pemikiran melalui interaksi dengan individu lain. Oleh itu, jika pemerhatian yang baik, semestinya akan memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Jika pensyarah berniat memberikan ilmu kebaikan sebgaai ibadah, sebenarnya skop tugas pensyarah adalah melebihi daripada 7P yang diketengahkan.

Sumber: Roshida, R., & Razak, A. (2021). NILAI SPIRITUAL DALAM PEMIKIRAN ZA’bA (Spiritual Value in Za’ba Thought). https://www.researchgate.net/publication/348929730