{"id":29015,"date":"2020-07-27T19:39:34","date_gmt":"2020-07-27T11:39:34","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/?p=29015"},"modified":"2020-08-08T23:05:45","modified_gmt":"2020-08-08T15:05:45","slug":"gurindam-12","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/2020\/07\/27\/gurindam-12\/","title":{"rendered":"The Twelve Aphorism (Gurindam Dua Belas)"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #800080\"><em>Hasil karangan Raja Ali Haji yang masyhur. Sastrawan dan Pahlawan Nasional Indonesia dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.<\/em><\/span><\/p>\n<h3><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-content\/uploads\/sites\/616\/2020\/07\/g12.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone  wp-image-29046\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-content\/uploads\/sites\/616\/2020\/07\/g12.jpg\" alt=\"\" width=\"661\" height=\"314\" \/><\/a><\/h3>\n<h3><span id=\"Gurindam_I\" class=\"mw-headline\">Gurindam I<\/span><\/h3>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang pertama:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Barang siapa tiada memegang agama,<br \/>\nsekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.<br \/>\nBarang siapa mengenal yang empat,<br \/>\nmaka ia itulah orang yang ma&#8217;rifat<br \/>\nBarang siapa mengenal Allah,<br \/>\nsuruh dan tegahnya tiada ia menyalah.<br \/>\nBarang siapa mengenal diri,<br \/>\nmaka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.<br \/>\nBarang siapa mengenal dunia,<br \/>\ntahulah ia barang yang teperdaya.<br \/>\nBarang siapa mengenal akhirat,<br \/>\ntahulah Ia dunia mudarat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_II\" class=\"mw-headline\">Gurindam II<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kedua:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Barang siapa mengenal yang tersebut,<br \/>\ntahulah ia makna takut.<br \/>\nBarang siapa meninggalkan sembahyang,<br \/>\nseperti rumah tiada bertiang.<br \/>\nBarang siapa meninggalkan puasa,<br \/>\ntidaklah mendapat dua termasa.<br \/>\nBarang siapa meninggalkan zakat,<br \/>\ntiadalah hartanya beroleh berkat.<br \/>\nBarang siapa meninggalkan haji,<br \/>\ntiadalah ia menyempurnakan janji.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_III\" class=\"mw-headline\">Gurindam III<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang ketiga:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Apabila terpelihara mata,<br \/>\nsedikitlah cita-cita.<br \/>\nApabila terpelihara kuping,<br \/>\nkhabar yang jahat tiadaiah damping.<br \/>\nApabila terpelihara lidah,<br \/>\nniscaya dapat daripadanya paedah.<br \/>\nBersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,<br \/>\ndaripada segala berat dan ringan.<br \/>\nApabila perut terlalu penuh,<br \/>\nkeluarlah fi&#8217;il yang tiada senunuh.<br \/>\nAnggota tengah hendaklah ingat,<br \/>\ndi situlah banyak orang yang hilang semangat<br \/>\nHendaklah peliharakan kaki,<br \/>\ndaripada berjaian yang membawa rugi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_IV\" class=\"mw-headline\">Gurindam IV<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang keempat:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Hail kerajaan di daiam tubuh,<br \/>\njikalau lalim segala anggotapun rubuh.<br \/>\nApabila dengki sudah bertanah,<br \/>\ndatanglah daripadanya beberapa anak panah.<br \/>\nMengumpat dan memuji hendaklah pikir,<br \/>\ndi situlah banyak orang yang tergelincir.<br \/>\nPekerjaan marah jangan dibela,<br \/>\nnanti hilang akal di kepala.<br \/>\nJika sedikitpun berbuat bohong,<br \/>\nboleh diumpamakan mulutnya itu pekong.<br \/>\nTanda orang yang amat celaka,<br \/>\naib dirinya tiada ia sangka.<br \/>\nBakhil jangan diberi singgah,<br \/>\nitupun perampok yang amat gagah.<br \/>\nBarang siapa yang sudah besar,<br \/>\njanganlah kelakuannya membuat kasar.<br \/>\nBarang siapa perkataan kotor,<br \/>\nmulutnya itu umpama ketur2.<br \/>\nDi mana tahu salah diri,<br \/>\njika tidak orang lain yang berperi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_V\" class=\"mw-headline\">Gurindam V<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kelima:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Jika hendak mengenai orang berbangsa,<br \/>\nlihat kepada budi dan bahasa,<br \/>\nJika hendak mengenal orang yang berbahagia,<br \/>\nsangat memeliharakan yang sia-sia.<br \/>\nJika hendak mengenal orang mulia,<br \/>\nlihatlah kepada kelakuan dia.<br \/>\nJika hendak mengenal orang yang berilmu,<br \/>\nbertanya dan belajar tiadalah jemu.<br \/>\nJika hendak mengenal orang yang berakal,<br \/>\ndi dalam dunia mengambil bekal.<br \/>\nJika hendak mengenal orang yang baik perangai,<br \/>\nlihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_VI\" class=\"mw-headline\">Gurindam VI<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang keenam:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Cahari olehmu akan sahabat,<br \/>\nyang boleh dijadikan obat.<br \/>\nCahari olehmu akan guru,<br \/>\nyang boleh tahukan tiap seteru.<br \/>\nCahari olehmu akan isteri,<br \/>\nyang boleh dimenyerahkan diri.<br \/>\nCahari olehmu akan kawan,<br \/>\npilih segala orang yang setiawan.<br \/>\nCahari olehmu akan abdi,<br \/>\nyang ada baik sedikit budi,<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_VII\" class=\"mw-headline\">Gurindam VII<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini Gurindam pasal yang ketujuh:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Apabila banyak berkata-kata,<br \/>\ndi situlah jalan masuk dusta.<br \/>\nApabila banyak berlebih-lebihan suka,<br \/>\nitulah landa hampirkan duka.<br \/>\nApabila kita kurang siasat,<br \/>\nitulah tanda pekerjaan hendak sesat.<br \/>\nApabila anak tidak dilatih,<br \/>\nI&#8217;ika besar bapanya letih.<br \/>\nApabila banyak mencela orang,<br \/>\nitulah tanda dirinya kurang.<br \/>\nApabila orang yang banyak tidur,<br \/>\nsia-sia sahajalah umur.<br \/>\nApabila mendengar akan khabar,<br \/>\nmenerimanya itu hendaklah sabar.<br \/>\nApabila menengar akan aduan,<br \/>\nmembicarakannya itu hendaklah cemburuan.<br \/>\nApabila perkataan yang lemah-lembut,<br \/>\nlekaslah segala orang mengikut.<br \/>\nApabila perkataan yang amat kasar,<br \/>\nlekaslah orang sekalian gusar.<br \/>\nApabila pekerjaan yang amat benar,<br \/>\ntidak boleh orang berbuat onar.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_VIII\" class=\"mw-headline\">Gurindam VIII<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kedelapan:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Barang siapa khianat akan dirinya,<br \/>\napalagi kepada lainnya.<br \/>\nKepada dirinya ia aniaya,<br \/>\norang itu jangan engkau percaya.<br \/>\nLidah yang suka membenarkan dirinya,<br \/>\ndaripada yang lain dapat kesalahannya.<br \/>\nDaripada memuji diri hendaklah sabar,<br \/>\nbiar dan pada orang datangnya khabar.<br \/>\nOrang yang suka menampakkan jasa,<br \/>\nsetengah daripada syarik mengaku kuasa.<br \/>\nKejahatan diri sembunyikan,<br \/>\nkebalikan diri diamkan.<br \/>\nKeaiban orang jangan dibuka,<br \/>\nkeaiban diri hendaklah sangka.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_IX\" class=\"mw-headline\">Gurindam IX<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kesembilan:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Tahu pekerjaan tak baik,<br \/>\ntetapi dikerjakan,<br \/>\nbukannya manusia yaituiah syaitan.<br \/>\nKejahatan seorang perempuan tua,<br \/>\nitulah iblis punya penggawa.<br \/>\nKepada segaia hamba-hamba raja,<br \/>\ndi situlah syaitan tempatnya manja.<br \/>\nKebanyakan orang yang muda-muda,<br \/>\ndi situlah syaitan tempat berkuda.<br \/>\nPerkumpulan laki-laki dengan perempuan,<br \/>\ndi situlah syaitan punya jamuan.<br \/>\nAdapun orang tua yang hemat,<br \/>\nsyaitan tak suka membuat sahabat<br \/>\nJika orang muda kuat berguru,<br \/>\ndengan syaitan jadi berseteru.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_X\" class=\"mw-headline\">Gurindam X<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kesepuluh:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Dengan bapa jangan durhaka,<br \/>\nsupaya Allah tidak murka.<br \/>\nDengan ibu hendaklah hormat,<br \/>\nsupaya badan dapat selamat.<br \/>\nDengan anak janganlah lalai,<br \/>\nsupaya boleh naik ke tengah balai.<br \/>\nDengan isteri dan gundik janganlah alpa,<br \/>\nsupaya kemaluan jangan menerpa.<br \/>\nDengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_XI\" class=\"mw-headline\">Gurindam XI<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kesebelas:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Hendaklah berjasa,<br \/>\nkepada yang sebangsa.<br \/>\nHendaklah jadi kepala,<br \/>\nbuang perangai yang cela.<br \/>\nHendaklah memegang amanat,<br \/>\nbuanglah khianat.<br \/>\nHendak marah,<br \/>\ndahulukan hajat.<br \/>\nHendak dimulai,<br \/>\njangan melalui.<br \/>\nHendak ramai,<br \/>\nmurahkan perangai.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Gurindam_XII\" class=\"mw-headline\">Gurindam XII<\/span><\/h3>\n<p><em>Ini gurindam pasal yang kedua belas:<\/em><\/p>\n<div class=\"poem\">\n<p>Raja muafakat dengan menteri,<br \/>\nseperti kebun berpagarkan duri.<br \/>\nBetul hati kepada raja,<br \/>\ntanda jadi sebarang kerja.<br \/>\nHukum adil atas rakyat,<br \/>\ntanda raja beroleh anayat.<br \/>\nKasihan orang yang berilmu,<br \/>\ntanda rahmat atas dirimu.<br \/>\nHormat akan orang yang pandai,<br \/>\ntanda mengenal kasa dan cindai.<br \/>\nIngatkan dirinya mati,<br \/>\nitulah asal berbuat bakti.<br \/>\nAkhirat itu terlalu nyata,<br \/>\nkepada hati yang tidak buta.<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hasil karangan Raja Ali Haji yang masyhur. Sastrawan dan Pahlawan Nasional Indonesia dari Pulau Penyengat, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Gurindam I &nbsp; Ini gurindam pasal yang pertama: Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma&#8217;rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6541,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[41],"tags":[],"class_list":["post-29015","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utm"],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29015","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6541"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29015"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29015\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29047,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29015\/revisions\/29047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29015"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29015"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nurazaliah\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29015"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}