Fantasia Aqua Park, Jitra

Hari ini kita menyantuni anak-anak. Bawak mandi manda di Taman Tema Fantasia Aqua Park, di Jitra, Kedah. Nampak langit agak mendung, Alhamdulillah cerah sampai ke petang. Dapat la anak-anak bersuka ria bermain air.

Review untuk taman tema kali ni, 8/10. Kenapa kurang 2. Sebab yang pertama, tak boleh beli tiket online, kena beli kat kaunter. Tapi beli kat kaunter pun cepat je, cara bayar cashless. (mungkin ikut masa, masa kami datang hari jumaat, jadi mungkin tak peak hour). Sebab yang kedua pulak, air nya tak berapa nak cantik sangat, ada la sikit-sikit daun. So far yang lain ok, best..family friendly. Tak rugi jugak datang, anak-anak puas berenang, menyelam, melompat dan bermain.

paling best kat sini banyak sangat momento yang comel-comel, boleh la bergambar sebagai kenang kenangan.
harga tiket masuk, parking rm2

Semoga bermanfaat untuk rujukan.. 🙂

This entry was posted in keluarga. Bookmark the permalink.