MAPITA 2022

Pada 13 – 15 Disember yang lalu telah berlangsung Program Jaringan MAPITA dan Industri Digital di UTMDigital, UTM Johor Bahru. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah Booth dan Pameran, Sesi Ceramah ICT Technology Update oleh pihak industri digital, Lawatan Technology, Majlis Makan Malam dan Mesyuarat MAPITA itu sendiri.

Antara sasaran penyertaannya adalah tidak terhad kepada semua warga UTM yang terdiri dari staf atau pelajar, tetapi juga meliputi penyertaan daripada staf digital dari universiti awam Malaysia yang lain dan dari pihak industri.

Objektif program ini adalah untuk membina jaringan kerjasama bersama pakar digital daripada Universiti Awam Malaysia dan juga kerjasama dari industri digital. Selain dari itu juga, program ini dapat memperkenalkan ideologi dan teknologi terkini dalam dunia digital melalui pelbagai program bersama industri dan pakar digital universiti.

Program ini berjaya dilaksanakan dengan adanya jawatan kuasa program yang berkaliber dan komited dalam melaksankan tugas. Maka terhasillah kerja yang berkualiti dan mencapai tujuan program. Alhamdulillah…tahniah staf UTM Digital, UTM..

Barisan Jawatankuasa Program MAPITA 2022
credit too Ajk Kecil Protokol dan Program…
kaki dan tangan , tulang belakang program..?

majlis kemuncak dan tugas yang paling mencabar bagi ajk kami, namun dapat digalas dengan sehabis baik, tahniah team! sibuk-sibuk pun masih sempat makan, Alhamdulillah ?
This entry was posted in kerjaya. Bookmark the permalink.