Lebih 120 koleksi artifak termasuk milik peribadi Nabi Muhammad SAW menjadi tarikan di Galeri Anjung Warisan dan Keseniaan Islam (Aura Islam) di Anjung Neighbourhood Centre di Iskandar Puteri, Johor.
Antara dipamerkan adalah capal, celak, rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, bekas tapak kaki, pasir makam serta kunci makam Rasulullah.
Turut dipamerkan beberapa kiswah Kaabah, tandu, al-Quran emas, senjata serta kelengkapan perang peninggalan kerajaan Uthmaniyyah.
Galeri dibuka sejak September lalu itu adalah bagi mendidik orang awam bagi mengenali dan menghayati keperibadian baginda selain memeriahkan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2020.