Zoo Taiping, Night Safari.

Kali ini, abah buat suprise dekat anak-anak. Memang diorang tak sangka dapat pergi Zoo malam-malam ni. Selalu tengok siang.

Kita layan je naik tram, tak penat sangat nak jalan. Anak-anak teruja..

Oleh kerana jalan malam, banyak ambik video. Jadi tak banyak gambar binatang la ye..

Alhamdulillah, anak-anak gembira..insyaAllah boleh datang lagi..

Posted in keluarga | Comments Off on Zoo Taiping, Night Safari.

Angsa oh Angsa

Budak bertuah ni, terkejut tengok gelagat dia sehabis daya cuba tangkap Si Angsa, dari Kg Tiak, Baling ni. Akhirnya usahanya berbaloi. Dapat jugak di tangkap Si Angsa tu..pasrah Si Angsa..?

Alahai, siap di sayang dan dicium. Anak oh anak..nasib la ye Si Angsa, jarang-jarang dapat pelukan..haha..

Aiman memamg seorang anak yang berani..mama pun tak sangka, selalu angsa yang kejar orang…?

Posted in keluarga | Comments Off on Angsa oh Angsa

Fantasia Aqua Park, Jitra

Hari ini kita menyantuni anak-anak. Bawak mandi manda di Taman Tema Fantasia Aqua Park, di Jitra, Kedah. Nampak langit agak mendung, Alhamdulillah cerah sampai ke petang. Dapat la anak-anak bersuka ria bermain air.

Review untuk taman tema kali ni, 8/10. Kenapa kurang 2. Sebab yang pertama, tak boleh beli tiket online, kena beli kat kaunter. Tapi beli kat kaunter pun cepat je, cara bayar cashless. (mungkin ikut masa, masa kami datang hari jumaat, jadi mungkin tak peak hour). Sebab yang kedua pulak, air nya tak berapa nak cantik sangat, ada la sikit-sikit daun. So far yang lain ok, best..family friendly. Tak rugi jugak datang, anak-anak puas berenang, menyelam, melompat dan bermain.

paling best kat sini banyak sangat momento yang comel-comel, boleh la bergambar sebagai kenang kenangan.
harga tiket masuk, parking rm2

Semoga bermanfaat untuk rujukan.. 🙂

Posted in keluarga | Comments Off on Fantasia Aqua Park, Jitra

Jelapang Padi

Sebut tajuk je dah tau nak cerita apa kan..
Kali ni kita jalan-jalan di negeri jelapang padi, iaitu negeri Kedah..!

Dah hujung tahun ni, kita bawak anak-anak berjalan ke utara

Posted in keluarga | Comments Off on Jelapang Padi

Ketetapan Allah Adalah Yang Terbaik

Ketetapan Allah Adalah Yang Terbaik

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Al-Baqarah : 216
Posted in motivasi | Comments Off on Ketetapan Allah Adalah Yang Terbaik

Festival Keusahawanan UTM2022

Review Rumah Hantu / Spooky House di Festival Keusahawanan UTM 2022.

Auni menuntut hadiah birthday untuk masuk sini. Kita layankan. Sebelum masuk dah mula menangis. Dalam tu abah hanya mampu gelak je ?, Auni siap berterima kasih kat nenek kebayan. Abah penat merangkak, dukung Auni.

Ending keluar hantu ni best. Kalah ending filem Mat Kilau masa scene Avenger Assemble tu.

Rating 8/10.

P/s: jarang orang buat review rumah hantu ?

Posted in keluarga | Comments Off on Festival Keusahawanan UTM2022

Atlet Muda

Nampaknya UTM Staff Games nak mula..Ayuh kita warming up!!
2 wakil muda bakal merentap ?

Nice view from Stadium UTM..
Alamak! belum mula dah penat dik.. ?

Have fun with my kids!..

Posted in keluarga | Comments Off on Atlet Muda

Trofi Pertama

Trofi pertama Aiman sempena Majlis Konvokesyen Tadika Ihsan UTM, antara penerima anugerah Lonjakan Saujana. Ingatkan sebab suka melompat, melenting dalam kelas tapi rupanya sebab peningkatan yang ketara dalam kelas. Kiranya from Zero to Hero la. ?

Kita raikan kecemerlangan anak sebagai tanda kasih sayang padamu mereka.

Posted in keluarga | Comments Off on Trofi Pertama

Terlahir Sempurna

Sungguh Beruntung Diri Kita Yang Terlahir Sempurna…

Ada banyak hal yang lupa kita syukuri, mungkin kerana kita mengira bahawa kita tak sebahagia orang lain, padahal jika kita melihat gambar-gambar ini nescaya kita bisa lebih mengerti bertapa beruntung dan bahagianya hidup kita.

Jika kita mampu bersyukur dengan apa yang kita ada, kita takkan risau dengan apa yang bukan milik kita. Bersyukurlah atas apa yang kita miliki. Rasa bersyukur itu akan membuat kita dapat menikmati hidup apa adanya tanpa belenggu gengsi.

Subhanallah…
Posted in motivasi | Comments Off on Terlahir Sempurna

Galeri Rasulullah

Galeri Rasulullah, Iskandar Puteri, Johor.

Lebih 120 koleksi artifak termasuk milik peribadi Nabi Muhammad SAW menjadi tarikan di Galeri Anjung Warisan dan Keseniaan Islam (Aura Islam) di Anjung Neighbourhood Centre di Iskandar Puteri, Johor.

Antara dipamerkan adalah capal, celak, rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, bekas tapak kaki, pasir makam serta kunci makam Rasulullah.

Turut dipamerkan beberapa kiswah Kaabah, tandu, al-Quran emas, senjata serta kelengkapan perang peninggalan kerajaan Uthmaniyyah.

Galeri dibuka sejak September lalu itu adalah bagi mendidik orang awam bagi mengenali dan menghayati keperibadian baginda selain memeriahkan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2020.

Posted in info | Comments Off on Galeri Rasulullah