Teaching Portfolio

Personal Leadership Development Plan: Four Pillars of Self-Leadership

Self-leadership is the ability to control and influence ourselves to achieve success. This is my personal leadership development plan based on the Four Pillars of Self-Leadership. I believe that these pillars can guide me to become a more effective educator in my field.

1. Knowing Who You Are

First and foremost, I need to know and understand who I am in the professional world: a foreign language teacher in one of the most reputable research universities in Malaysia. I believe in the importance of showing my students the value of learning a foreign language, regardless of their primary field of study. To do this effectively, I must first convince myself that my knowledge is valuable and applicable to their real-life situations.

2. Know What You Do

During my teaching and learning sessions, I want to emphasize the practical benefits of learning a foreign language, so students can see its relevance in their personal and professional lives. To achieve this, I must ensure that my teaching methods are engaging and impactful. Moreover, as a teacher, my role is not only imparting knowledge in the classroom, but it also includes motivating and inspiring students to be better in the world and the hereafter.

3. Know What You Need to Learn

Continuous learning is the key to my growth as an educator. I want to keep exploring new teaching approaches and techniques. While theoretical knowledge is important, experimenting with different methods is also essential to find my unique teaching style and discovering what works best for me and my students.

Furthermore, I need to understand my own limits in general, start to learn how to set professional boundaries and be more decisive in my career. It is great to be approachable and supportive, but it is equally important to know my personal limits to prevent burnout and maintain my well-being at work, so that I can perform my job excellently.

4. Applying What You Know

Applying things needs proper and thorough planning. Understanding who I am as an educator, what I do, and what I need to learn, allows me to align my actions with my aspirations. By focusing on these four pillars of self-leadership, I can continue to develop my skills and become the best version of myself personally and professionally. My ultimate goal is to teach with passion and love for my career, inspiring my students to see the value in learning and applying foreign languages in their lives.

Kepentingan Adab dan Etika sebagai Pensyarah Universiti

Pensyarah merupakan salah seorang pemegang amanah yang penting dalam bidang pendidikan. Sebagai ahli akademik di institut pengajian tinggi, kita perlulah memahami dan mengamalkan adab dan etika yang baik. Hal ini kerana, pensyarah bertanggungjawab untuk menjaga imej institusi dan kerjaya yang mulia ini dengan mematuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta matlamat pendidikan institusi masing-masing. Bagaimana caranya? Berpeganglah pada nilai-nilai yang baik dan berlaku adil kepada semua pihak, seperti majikan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders).

Seorang pendidik menggalas tugas yang amat besar. Tugasnya bukan hanya untuk menyampaikan ilmu dalam bidang tertentu sahaja, tetapi ia perlulah menjadi inspirasi dan contoh yang baik kepada para pelajar yang sedang melalui fasa penting, di mana mereka sebenarnya berada dalam proses membina ilmu dan jati diri masing-masing. Anak-anak muda yang kita didik ini lah yang akan menjadi seseorang yang penting buat keluarga, masyarakat dan agamanya.

Salah satu faktor yang boleh mempengaruhi hasil pendidikan seseorang individu ialah ekosistem akademik yang pernah dilaluinya, termasuklah pensyarah di universiti. Maka, jika guru itu tidak mengamalkan adab dan etika yang sesuai sebagai pendidik, situasi ini boleh mengganggu aspek kepercayaan dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah.

Cabaran Adab dan Etika sebagai Pensyarah Universiti

Terdapat beberapa cabaran yang mungkin dihadapi oleh pensyarah universiti dalam usaha mengamalkan adab dan etika yang baik.

Pertama sekali ialah halangan dalam memperbaharui dan mengemaskini pengetahuan tentang pendidikan dan cara menyampaikan ilmu. Para pendidik perlu ada minat dan usaha yang tinggi untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa kerana dunia ini tidak kekal statik. Dunia ini beredar mengikuti zaman, begitu juga ilmu-ilmu pendidikan. Ahli akademik perlu sentiasa mengambil tahu tentang dunia, teknologinya, innovasinya, serta penduduk-penduduknya.

Selain itu, pensyarah juga mungkin berdepan dengan cabaran perbezaan budaya serta kekurangan adab yang baik dalam kalangan anak-anak muda pada hari ini. Kita semua berpijak di tanah yang sama, namun setiap generasi membesar dengan cara yang berbeza. Pendidik perlu faham bahawa cabaran mereka agak besar, iaitu pendedahan yang berlebihan tantang budaya-budaya yang buruk di skrin yang berada di tapak tangan mereka sejak kecil lagi. Di situlah pentingnya peranan orang-orang tua (guru dan ibu bapa) dalam memberikan tunjuk ajar dengan tulus dan kasih sayang kepada mereka untuk menghadapi dunia yang mencabar ini.

Rintangan yang terakhir ialah cabaran untuk menjadi seorang penjawat awam yang berintegriti. Integriti merangkumi semua aspek yang positif dalam bekerja; antaranya ialah, pensyarah hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan institusi masing-masing; kedua, pensyarah bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar; dan akhir sekali berusaha menjadi hamba yang baik di mata Tuhannya. Jika pendidik itu faham dan hadam segala tanggungjawab serta amanah yang dipegangnya, insya Allah integriti pasti tersemat di dadanya.