Assalamualaikum semua,
Innalillahiwainnahirajiun. Dunia diuji dengan bencana berbentuk biologi yang tiada lain, sebagai peringatan Allah Taala kepada hamba-Nya yang semakin lalai. Semoga kita semua mengambil ikhtibar dan memperbanyakkan amalan baik dan amal ibadah di sepanjang tempoh kelam ini.
Di UTM, pelajar kami dicutikan sehingga 1 April 2020. Dan bermula tarikh tersebut, pelajar perlu ‘hadir’ semula ke sesi kuliah secara maya.
Apa itu MAYA? Orang putih cakap, online session. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bakal berlangsung mengikut lokasi semasa masing-masing. Pensyarah di JB, 6 orang pelajar di Melaka, 8 orang di Selangor, 9 orang di Kelantan, 4 orang di Borneo dan seterusnya. Bunyi sangat menarik bukan? Insha Allah, ini lah caranya yang paling efektif untuk menyokong perintah kerajaan bagi penjarakkan sosial. Nauzubillah, kita tidak tahu sekiranya kita adalah pembawa virus. Oleh yang demikian, just stay put everywhere you are. Please, please and please..
Amanah yang dibawa dan diberi oleh universiti, Insha Allah kami para pensyarah akan kendong sebaiknya, dan seamanahnya, walaupun kami #workfromhome. Realitinya, bekerja dari rumah lebih fleksibel, seronok, relaks dan bonding. Isu integriti? Itu adalah masing-masing. Sekiranya merasakan bertanggungjawab ke ats setiap sen wang gaji yang diperolehi, individu pasti akan mengekalkan integriti dalam diri. Tepuk dada, tanya diri.
Persediaan untuk menjalankan kelas secara maya 100% giat dijalankan. Insha Allah, semua berjalan lancar seperti yang diimpikan dan digariskan dalam CLO, PLO dan PEO kursus/program.
Semoga kita semua selamat, sihat dan giat beramal dan mengamalkan amanah dan suruhan Allah Taala. Paling terbaik, niatkan semua yang dikerjakan/dilakukan/dibuatkan adalah semata-mata ibadah, jadi semua yang baik-baik itu bakal datang dengan sendiri. Khusnuzon..
#stayathome #workfromhome #prayfortheworldhealth #kamipendosayaAllah #goawayfastercovid19 #onlineclassotw