UTM GRAND CHALLENGES 2019 (PROJEK MULTIDISIPLIN)

Menghadiri kursus wajib bagi pengesahan jawatan di UTM merupakan titik pertemuan kami dalam kelangsungan menjalankan projek 4 penjuru bersama-sama. Kami berempat bermula sebagai rakan sekumpulan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh speaker. Keserasian yang terjalin menjadikan kami berhasrat untuk terus bekerjasama sekiranya terdapat sebarang aktiviti/projek/penyelidikan yang memerlukan kepelbagaian disiplin.

Geran penyelidikan ini merupakan projek multidisiplin pertama kami. Alhamdulillah, kami berjaya mendapat geran penyelidikan sebanyak RM4000 dengan membawa tajuk projek ‘THE STUDY ON THE IMPACT OF DEFORESTATION OF PALM OIL PLANTATION AMONG TEENAGERS’.  Sebenarnya, topik ini diangkat semula daripada tugasan berkumpulan kami ketika kursus dan disesuaikan dengan tema geran (Bidang Sains Sosial) iaitu Create social responses to climate change. 

KAMI, yang dimaksudkan itu ialah:

Saya (School of Education)

Dr. Beni Kurniawan (AHIBS)

Dr. Hariati (FABU)

Dr. Nuruh Huda (SPACE/FE)

Bagi projek ini, kami telah mengimport seorang lagi geng dari AHIBS untuk bersama-sama melaksanakan program yang telah dirancang dan disusun, iaitu Dr. MK (Khairuddin).

19 November 2019 merupakan kemuncak program, di mana ia dilaksanakan di SMK Sungai Tiram. Alhamdulillah, feed back yang diperolehi amat memberangsangkan dan Tuan Pengetua, Cikgu Amir amat mengalu-alukan kami untuk hadir lagi memberikan pendedahan dan pengetahuan kpd pelajar-pelajar beliau.

Perasmian Penutup

This is WE!

Bersama Pengetua dan guru-guru SMK Sungai Tiram

Seminar talk

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.