SEDEKAH TIDAK MENUNGGU KAYA🕊️

Betul ke bila dah kaya baru nak sedekah???

Hurmmm 🤔🤔🤔

Jawapannya tepuk dada tanya pada hati sendiri.. Kenapa kita masih ragu-ragu untuk bersedekah sedangkan dalam Al – Quran Allah telah menjanjikan akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

Malah dalam hadis juga ada dinyatakan :

⦅انفقي ولا تحصي فيحصي الله عليك ولا توعي فيوعي الله عليك ارضخي ما استطعت.⦆

(رواه الشيخان)

Asma ‘(RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad; dan jangan menahan hartamu agar Allah tidak menahannya dari kamu. Bersedekahlah semampu kamu.”

(Bukhari & Muslim)

Suka saya kongsikan 6 Janji Allah Kepada Orang Yang Selalu Bersedekah :

📌Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
📌Dapat berteduh di hari kiamat
📌 Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
📌 Dapat membebaskannya dari siksa kubur
📌Terdapat pintu syurga hanya untuk orang yang bersedekah
📌Menjauhkan diri dari Api Neraka

Semoga bermanfaat perkongsian ini 😉😉

Comments

  1. Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Speak Your Mind

*