Program Sukan Ukhwah BAKEP TNCPI 2019

Program Sukan Ukhwah BAKEP TNCPI 2019 telah diadakan bermula 01 Januari 2019 sehingga 01 September 2019 anjuran Badan Kebajikan Pejabat TNCPI UTM Kuala Lumpur (BAKEP). Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan staf warga TNCPI UTM Kuala Lumpur.

Sebanyak 7 jenis sukan telah dipertandingkan yang mana ianya diadakan secara berperingkat. Pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dirai serta diberi penghargaan sewaktu majlis Malam Aspirasi TNCPI (MaSTI19) yang diadakan pada September 2019.

Sukan Ukhuwah BAKEP ini telah berlangsung pada setiap hari Rabu bermula jam 4.30 hingga 6.30 petang bertempat di lokasi tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan keputusan jawatankuasa BAKEP itu sendiri.

Antara sukan yang terlibat adalah seperti badminton, pingpong, bola tampar, karom, dam haji, catur dan bowling.

Pembahagian kumpulan pula adalah berdasarkan unit masing-masing iaitu:
1. Unit Kejuruteraan Awam (UPMU)
2. Unit Kejuruteraan Elektrik (UPMU)
3. Unit Kejuruteraan Mekanikal (UPMU)
4. Unit IT dan Sains (UPMU)
5. Warga Pejabat Pentadbiran
6. Warga COE

Keputusan muktamad bagi setiap kategori sukan yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut: https://qr.page/g/iEA4axPZ76

Team Unit Kejuruteraan Mekanikal telah dinobatkan sebagai Juara bagi Program Sukan Ukhwah BAKEP TNCPI 2019. Tahniah!