Bunus Fun Walk 4 River – World River’s Day

Bunus Fun Walk 4 River – World River’s Day kembali lagi!

Pada tahun kedua berturut-turut, BFW4R menawarkan aktiviti yang menyeronokkan untuk dinikmati oleh semua orang dari semua lapisan masyarakat! Setiap tahun pasti akan ada kejutan aktiviti menarik yang disajikan. Apa tuuu…

Setiap tahun, EcoKnights dengan kerjasama Local Agenda 21 dan DBKL (di bawah Kumpulan Bertindak Sungai Bunus) akan meraikan Hari Sungai Sedunia dengan menganjurkan Bunus Fun Walk for River (BFW4R) 2019. Ini adalah salah satu inisiatif di bawah Sungai Sumber Nadi Kehidupan; Projek Pemulihan Sungai Bunus untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pemuliharaan sungai. World River’s Day!

Pada tahun ini BFW4R telah diadakan pada 19 Oktober 2019 bermula jam 7 pagi sehingga 12.30 tengahari. Bermacam aktiviti yang menarik telah disajikan. Antaranya, walkathon dan mini game oleh setiap agensi yang terlibat di booth masing-masing.

Fun walk ini adalah sebahagian daripada program mengumpul dana bagi menyokong pengindahan Sungai Bunus dan sekitarnya. Semua dana yang dikumpul melalui fun walk ini akan diberikan kepada usaha pemulihan Sungai Bunus, kerana matlamat utama kami adalah:

  • Untuk menyokong usaha masyarakat dalam menjaga Sungai Bunus
  • Untuk membangunkan trek berjoging gelung bulat merangkap trek berbasikal di sekitar kolam tadahan,
  • Menyediakan taman rekreasi untuk keseronokan orang ramai

Penanaman pokok disepanjang Sungai Bunus oleh pihak UTM Kuala Lumpur anjuran CCIN

Maklumat lanjut boleh layari laman web berikut: https://ecoknights.org.my/bunus-fun-walk-4-river-2019/