Penggambaran Video Korporat Kemerdekaan Pejabat TNCPI

Penggambaran Video Korporat Kemerdekaan Pejabat TNCPI UTM Kuala Lumpur sangat meriah! Gilang-gemilang dan berwarna-warni. Semua staf seronok bergaya, sakan bergambar nampaknya! Tema warna pakaian disyaratkan perlu mengikut warna jalur gemilang negara kita. Haa… apa warna-warnanya tuuu ya kawan-kawan? ?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!

Bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2020 UTM Kuala Lumpur, setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan sebuah video korporat rasmi bertemakan Hari Kebangsaan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM Kuala Lumpur termasuklah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Beberapa staf telah diberi peluang untuk terlibat dalam penggambaran video berkenaan.

Barisan staf Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur.

Jawapan.. warna pada jalur gemilang adalah merah, putih, biru, kuning! Setuju? ??