Fizik

Bagi subjek Fizik 1 ini, kami telah dijadualkan sebanyak tiga kali pertemuan secara atas talian bagi kelas teori dan satu sesi pertemuan secara fizikal bagi sesi amali di UTM Johor Bahru.

Pengenalan

Dua orang pensyarah telah dilantik untuk mengajar bagi Kursus Peralihan Jawatan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains bagi Tahun 2022 iaitu:

PM Dr Raja Kamarulzaman Bin Raja Ibrahim

PM Dr Raja Kamarulzaman Bin Raja Ibrahim
Pensyarah
Fakulti Sains UTM

Beliau telah mengajar topik mengenai:

  • Asas Pengetahuan
    • menerangkan cara mengenalpasti angka bermakna (significant figure) dan formula asas fizik
  • Cahaya dan Optik
    • menerangkan sifat cahaya pantulan, pembiasan dan jenis kanta (cembung dan cekung)
Dr Faizani Bin Mohd Noor

Dr Faizani Bin Mohd Noor
Pensyarah
Fakulti Sains UTM

Beliau telah mengajar topik mengenai:

  • Medan Elektrik
  • Arus Elektrik
  • Rintangan
  • Tenaga dan Kuasa Elektrik
  • Kapasitor
  • Transistor

Sesi Amali Fizik

Pada 14 Oktober 2022, sesi makmal kursus bridging pun membuka tirainya dengan sesi makmal pertama adalah bagi matapelajaran fizik yang bertempat di Makmal Pengajaran Optik 2 (C20) Bilik 207, Fakulti Sains. Dr Raja dan Dr Faizani telah dibantu oleh Puan Sarah, Pembantu Makmal di makmal berkenaan untuk mengendalikan eksperimen.

Sesi Amali
Sesi Amali

Kami diberi tugasan menjalankan lima jenis eksperimen DC Circuit Analysis yang melibatkan pecahan tajuk kecil yang berikut:

  1. Resistors in series
  2. Resistors in parallel
  3. Resistors in series-parallel combination
  4. Voltage divider
  5. Current divider
Sesi Amali Subjek Fizik
Sesi Amali Subjek Fizik

Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr Raja Kamarulzaman dan Dr Faizani Mohd Noor di atas tunjuk ajar yang diberikan. Selesai sudah belajar fizik bagi semester kedua ini!