Malam Apresiasi Staf Pejabat TNCPI UTM Kuala Lumpur 2022

Malam Apresiasi Staf Pejabat TNCPI UTM Kuala Lumpur 2022 bermula! Majlis gilang-gemilang ini telah berlangsung tepat jam 830 malam 28 Oktober 2022.

Apa aktiviti menarik untuk MASTI kita pada kali ini?

A Night of Musical

Dengan tema A Night of Musical, bersaksikan lampu di dalam Ballroom, Hotel Maya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelihatan semua staf yang hadir mengenakan busana dan tatarias yang menarik, kreatif dan cantik sekali bertepatan dengan tema yang diberikan.

Dalam majlis malam apresiasi ini, turut hadir tetamu VIP jemputan kita iaitu Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTM, Prof. Dr. Rosli Bin Md. Illias. Pro Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Bin Saleh dan isteri.

Selamat datang ke MASTI 2022!

Semua hadirin yang hadir sangat sporting! Jom kita lihat warna-warni dan ragaman semua staf Pejabat TNCPI UTM KL di malam MASTI 2022!

AKTIVITI MALAM APRESIASI

Bagi menggamitkan lagi suasana majlis MASTI ini, terdapat beberapa permainan telah dijalankan sebagai selingan. Antaranya, teka lirik lagu dan arah angin! Hadiah sebagai saguhati kenang-kenangan telah diberikan kepada para pemenang!

Kemudian, suasana majlis telah dihangatkan lagi dengan persembahan yang mantap daripada kumpulan Voice of TNCPI (VOT) dengan dendangan lagu yang menjadi halwa telinga para tetamu yang hadir dalam MASTI 2022.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Encik Hanis kerana telah memenangi cabutan bertuah grand prize berupa sebuah mesin pengering! Menang bosaa ekau eh! Hahaha..

Sekalung tahniah dan syabas buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan MASTI 2022 ini dari awal perancangan sehingga hari kejadian. Syabas!

Sebelum majlis bersurai..macam biasa..bergambar dan bergambar sampai tamat masa yang diberikan. Ayuh… posing jangan tak posing!

Unit Kejuruteraan Elektrik
Unit Kejuruteraan Awam
Unit Kejuruteraan Mekanikal dan Sains
Unit Makmal Perkhidmatan
Team UTM Bridging 2022 @MASTI!
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah hadir memeriahkan suasana MASTI 2022. Kita jumpa lagi pada MASTI yang akan datang!