Program Merdeka Financial Challenges Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur 2022

Program Merdeka Financial Challenges Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur 2022! Aktivitinya boleh dikatakan ala-ala Running Man ataupun explore race gitu..

Tapi.. apa kaitan merdeka dengan kewangan? ?

Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Merdeka Financial Challenges. Program berkenaan dijalankan secara berkumpulan seperti explore race atau running man.

Setiap peserta yang turut serta akan menerima sijil penyertaan dan hadiah saguhati. Pemenang juara, naib juara sehingga tempat kelima turut menerima hadiah hamper yang menarik.

Barisan peserta daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Kami merupakan peserta kumpulan 6.

Dari kiri: Encik Muhammad Fakhruddin bin Hussain, Puan Rohaiza bt Muda, Puan Siti Nor Yusma bt Mohd Yusof, Puan Nurul Safinaz binti Mohamad Kamal, Encik Muhammad Hafizul Halim Bin Mohd Zawawi