Sambutan Hari Kebangsaan UTM Kuala Lumpur 2020

Sambutan Hari Kebangsaan UTM Kuala Lumpur 2020 telah diadakan pada 09 September 2020 bertempat di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Majlis perarakan telah disertai oleh kontinjen daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam UTM Kuala Lumpur. Lebih menggembirakan lagi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah merangkul tempat pertama kontinjen dalam acara perbarisan tersebut.

Tahniah diucapkan!