Semester 2

Fasa semester 2 program bridging pun bermulaaaa… Program bridging bagi sem kedua ini telah dijalankan semula bermula 12 Ogos sehingga 10 September 2022 pada hari jumaat dan sabtu bermula jam 8.30am sehingga 6.30pm mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kelas pada kali ini lebih berfokus kepada beberapa subjek teras tahap 1 iaitu:

Setiap subjek melibatkan sesi teori dan amali. Seperti sebelum ini, kelas teori telah dijalankan secara di atas talian manakala bagi sesi amali pihak penganjur telah menetapkan pertemuan secara fizikal di UTM Johor Bahru selama tiga hari berturut bermula 14-16 Oktober 2022.

Dalam perjalanan ke makmal dari S46

Bagi staf dari UTM Kuala Lumpur, pengangkutan dan penempatan selama tiga hari tersebut telah disediakan oleh pihak penganjur. Pembahagian markah bagi subjek pada kali ini pula merangkumi tugasan, ujian, amali dan ujian akhir.

Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada perancangan tenaga pengajar yang terlibat.