Teknologi Maklumat

Bagi subjek Teknologi Maklumat 1 ini, kami telah dijadualkan sebanyak tiga kali pertemuan secara atas talian bagi kelas teori dan satu sesi pertemuan secara fizikal bagi sesi amali di UTM Johor Bahru.

Seorang pensyarah telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar bagi subjek Teknologi Maklumat 1 bagi Kursus Peralihan Jawatan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains bagi Tahun 2022:


Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar
Pengarah Institut
Institute of Human Centered Engineering (iHumEn),
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru

Prof Shahrizal telah dibantu oleh seorang Pegawai Penyelidik semasa sesi kuliah yang ketiga:

Encik Azizul bin Azman
Pegawai Penyelidik (QA41)
Pejabat Timb Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Banyak ilmu terkini mengenai dunia teknologi maklumat telah kami pelajari. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas curahan ilmu yang telah diberikan. Hanya Allah swt sahaja yang mampu balas segalanya.