UTM BRIDGING

Apa itu UTM Bridging? Mari kita kenali serba sedikit mengenai latar belakang kursus ini. ?

UTM Bridging UTM KL @KL Tower
Barisan staf pembantu makmal di UTM Kuala Lumpur yang terlibat dalam Kursus Peralihan bagi Jawatan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains sesi 2022.
Dari kiri (hadapan): Puan Nurul Safinaz binti Mohamad Kamal, Puan Latipah Samian, Puan Noor Hayati binti Abdullah, Puan Rozilawati binti Mat Zin, Encik Fadhilal Hazim bin Fakhruradzi, Encik Shamrie bin Jamaludin.

UTM Bridging merupakan kursus peralihan bagi jawatan Pembantu Makmal (C19/C22/C26) ke Penolong Pegawai Sains (C29) anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Universiti, Jabatan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ia merupakan kursus pendek dan padat setaraf diploma yang ditawarkan kepada staf pembantu makmal gred 19, 22 dan 26 di UTM sebagai nilai tambah bagi kenaikan ke gred 29. Dahulunya, staf diberi pilihan untuk mengikuti kursus ini. Walaubagaimanapun, atas arahan daripada pihak UTM, pada tahun 2022 staf telah diwajibkan untuk menyertainya.

Tujuan Utama Kursus Bridging:

  • Melahirkan staf Pembantu Makmal yang mempunyai kompetensi yang cekap, terlatih serta berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan dalam membantu staf akademik
  • Mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29
  • Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 melalui urusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

Pada tahun 2022, seramai 11 orang staf telah ditawarkan untuk menyertai kursus ini yang melibatkan 6 orang staf pembantu makmal daripada UTM Kuala Lumpur dan selebihnya daripada UTM Johor Bahru. Menariknya, kami adalah batch terakhir bagi kursus ini berikutan tiada lagi penawaran jawatan Pembantu Makmal akan dibuka selepas ini.

Barisan staf pembantu makmal yang menyertai kursus bridging tahun 2022
Dari kiri: En. Ariff, En. Shamrie bin Jamaluddin, En. Bakhtiar, En. Fadhilal Hazim, En. Faizal
Tengah: Pn. Nurul Safinaz binti Mohamad Kamal
Dari kiri (hadapan): Pn. Norasiah binti Sadek, Pn. Latipah binti Samian, Pn. Mas Aminah, Pn. Noor Hayati binti Abdullah, Pn. Rozilawati binti Mat Zin

Bukan mudah untuk mudah dan segala sesuatu tidaklah mustahil. Bertindak, usaha, tawakkal. Semoga kami semua dapat menyelesaikan modul yang telah direncanakan dengan jayanya. Inn shaa Allah ?