UTM PRIMA

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) 2016 – UTM PRIMA

Nama Projek
Penghasilan Habuk Yang Banyak Di Bengkel Rekabentuk Industri
Abstrak
Inno-Dust Trap atau IDT merupakan suatu inovasi dan penambahbaikan ciptaan UTM PRIMA terhadap sistem penyedut habuk sedia ada di Bengkel Rekabentuk Industri, UPMU UTM Kuala Lumpur. Sistem penyedut habuk sedia ada tidak menyedut habuk secara keseluruhan ketika kerja pemotongan kayu dijalankan menyebabkan habuk bertebaran dan berterbangan di persekitaran. Oleh itu, IDT dihasilkan bagi membendung masalah penghasilan habuk kayu yang banyak dan bertebaran di sekitar ruang kerja dan makmal semasa proses pemotongan kayu dijalankan. IDT bukan sahaja menyedut habuk yang dihasilkan, malah ia juga mampu memerangkap habuk yang terhasil daripada bertebaran dan berterbangan ke sekitar makmal.
Demonstrasi Penggunaan Inno-Dust
Gambar Inno-Dust Trap 

UTM Prima merupakan kumpulan KIK pertama yang ditubuhkan dalam jabatan TNCPI UTM KL pada tahun 2016 yang dianggotai oleh 10 ahli dan seorang fasilitator. Berikut merupakan senarai pencapaian yang telah berjaya dirangkul oleh kumpulan kami:

1. Konvensyen Inovatif, Efisien Dan Produktif (KIEP) UTM Kali Ke-2
UTM Johor Bahru – 3-5 Oktober 2016
Anugerah Perak dan Pemenang Kategori Persembahan Terbaik

Ini merupakan penyertaan sulung kami dalam dunia KIK. Banyak ilmu dan trick mengenai format slaid yang masih belum digali dan diketahui. Detik demi detik. Kami bersama-sama membuat kajian melalui slaid pembentangan daripada universiti lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menjuarai KIK peringkat tertinggi.

2. Konvensyen Mini Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah 2017
Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam – 28 Mac 2017
Anugerah Emas

Ini merupakan penyertaan kami selepas sedikit pembaikan telah dilakukan pada slaid pembentangan dan instrumen inovasi. Alhamdulillah.. penerimaan yang baik terhadap projek kami oleh warga Malaysia Productivity Corporation (MPC). Tahniah!

3. Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017
Putrajaya International Convention Centre (PICC) – 25 Julai 2017
Anugerah Emas

Kami terus melangkah ke hadapan. Menyahut cabaran, menjulang nama kumpulan kami sehingga ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah! Kejayaan masih berada dipihak kami. Syabas!

4. Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam
Kali Ke-13
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – 1-3 Ogos 2017
Anugerah Emas dan Tempat Ke-3 Kategori Teknikal

Kali ini.. konvensyen yang dinanti-nantikan. Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam. Bertanding seiring dengan jaguh bertahan bagi tahun-tahun yang terdahulu ternyata amat mendebarkan. Alhamdulillah.. rezeki berada dipihak kami. Ditambah dengan kejayaan merangkul tempat ketiga Kategori Teknikal untuk keseluruhan penyertaan. Inilah kejayaan termanis yang sangat dibanggakan! Alhamdulillah…

5. Konvensyen Kebangsaan Team Excellence
Genting International Convention Centre (GICC) – 14-16 November 2017
Anugerah Emas

Bagi melengkapkan perjalanan konvensyen anjuran MPC, kami telah menjejakkan kaki di pentas Konvensyen Kebangsaan Team Excellence. Ini merupakan konvensyen terakhir bagi pemilihan pemenang untuk ke peringkat antarabangsa yang diadakan di Vietnam. Walaupun tidak terpilih dalam kalangan itu, namun bagi kami perjalanan sehingga ke peringkat ini merupakan suatu yang tidak pernah diduga.

6. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Projek (Inno Dust Trap) 2017
Majlis Citra Karisma UTM – 10 Julai 2018

Alhamdulillah di atas nikmat pengalaman yang telah diberikan. Belajar selok belok dan liku-liku apa yang dinamakan sebagai KIK. Yang pasti sangat mencabar pada asalnya dan senyuman manis terukir apabila usaha yang dilakukan tidak sia-sia dan membuahkan hasil. Terkenang saat-saat mendebarkan menunggu keputusan pada setiap konvensyen. 🙂

PENUTUP

Tahniah diucapkan kepada ahli pasukan dan semua yang terlibat bermula dari awal penubuhan kumpulan ini sehinggalah ke akhirnya. Yang sentiasa memberi tunjuk ajar, sokongan dan terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada kumpulan kami.. jutaan terima kasih diucapkan! ?