Monthly Archives: December 2024

Mesyuarat SektretariatΒ Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli (SPEOA) Bilangan 2 Tahun 2024

Satu mesyuarat Sekretariat Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli telah diadakan pada 7 Oktober 2024. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor. SPEOA adalah platform untuk mengemukakan idea dan merangka pelan tindakan strategik dan hala tuju pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Turut hadir YB Senator Manolan bin Mohamad, Ahli Dewan Negara, YBhg Dato’ Afandi bin Nordin, TKSU (Dasar) KKDW, YBhg Dato’ Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA, wakil Majlis Belia Orang Asli, Clive Allen Williams Hunt, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri JAKOA serta tok batin.

Perbincangan bersama Presiden Majlis Belia Orang Asli

Satu perbincangn antara Presiden Majlis Belia Orang Asli, Encik Clive Allen Williams Hunt dan Penyelaras Pelajar Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM, Dr Nabilah Binti Zaini telah diadakan di Richiamo Residensi UTM KL, pada 11 Oktober.

Perbincangan ini diadakan untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti pelajar di kampung Orang Asli dengan meminta nasihat Encik Clive, bagaimana pelajar perlu membawa diri ketika bersama masyarakat Orang Asli.

Perbincangan ini akan membawa kepada pertemuan seterusnya di mana pelajar akan dilibatkan untuk mengetahui DO’s and DONT’s ketika beraktiviti bersama masyarakat pribumi Orang Asli

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πˆππ“π„π†π‘π€π’πˆ 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

Delegasi UTM iaitu dari Disaster Preparedness dan Prevention Centre (DPPC) telah menghadiri mesyuarat Integrasi Data Bencana pada 4 Disember 2024 di Bangunan Blok Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia melalui jemputan daripada Pejabat Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan.

Sesi mesyuarat turut dihadiri pihak DOSM yang diketuai oleh YBhg.Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin (Ketua Perangkawan Malaysia, DOSM) dalam mengintegrasi data bencana bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap sebarang bencana di negara ini adalah sangat bermanfaat dalam mengangkat komitmen bersama terhadap agenda DRR global.