Delegasi UTM iaitu dari Disaster Preparedness dan Prevention Centre (DPPC) telah menghadiri mesyuarat Integrasi Data Bencana pada 4 Disember 2024 di Bangunan Blok Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia melalui jemputan daripada Pejabat Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan.
Sesi mesyuarat turut dihadiri pihak DOSM yang diketuai oleh YBhg.Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin (Ketua Perangkawan Malaysia, DOSM) dalam mengintegrasi data bencana bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap sebarang bencana di negara ini adalah sangat bermanfaat dalam mengangkat komitmen bersama terhadap agenda DRR global.



