Satu mesyuarat Sekretariat Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli telah diadakan pada 7 Oktober 2024. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor. SPEOA adalah platform untuk mengemukakan idea dan merangka pelan tindakan strategik dan hala tuju pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.
Turut hadir YB Senator Manolan bin Mohamad, Ahli Dewan Negara, YBhg Dato’ Afandi bin Nordin, TKSU (Dasar) KKDW, YBhg Dato’ Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA, wakil Majlis Belia Orang Asli, Clive Allen Williams Hunt, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri JAKOA serta tok batin.



