Adab dan Etika bagi profesion pensyarah universiti

  1. Bagaimana adab dan etika boleh mempengaruhi ekosistem akademik terutama aspek kepercayaan pelajar dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah

Adab adalah perilaku yang dianggap sopan manakala etika ialah prinsip-prinsip moral yang menentukan apa yang dianggap benar atau salah.

a) Kepercayaan dan prestasi pelajar
Apabila pensyarah menunjukkan adab dan etika yang baik, ia secara tidak langsung membuatkan pelaja rasa selamat dan percaya pada pensyarah tersebut. Kepercayaan pelajar akan membuahkan rasa hormat pada pensyarah dan sekaligus membuka ruang komunikasa dua hala antara pelajar dan pensyarah. Komunikasi dua hala mengandungi nilai hormat menghormati yang dibina atas asas kepercayaan. Komunikasi dua hala yang ada nilai-nilai hormat, dapat membuatkan pelajar rasa selamat dan didengari, yang juga akan membuatkan persekitaran belajar yang kondusif dan terbuka.

b)Kredibiliti pensyarah
Adab dan etika yang baik akan memancarkan kredibiliti pensyarah yang baik. Pensyarah yang berkredibiliti selalunya mempunyai adab dan etika yang baik dan orang lain selalunya menjadikan pensyarah tersebut sebagai contoh. Apabila pelajar di bawah pensyarah tersebut membuat tugasan, pelajar tidak akan menipu dan membuat tugasan dengan bersungguh-sungguh disebabkan kredibiliti pensyarah tersebut.

2. Kenal pasti dan analisa beberapa cabaran Adab dan Etika yang mungkin dihadapi oleh pensyarah di universiti.

Antara cabaran adab dan etika yang mungkin dihadapi oleh pensyarah adalah:
a) Menjaga keadilan
Menjaga keadilan bermaksud, pensyarah haruslah memastikan semua pelajar diperlakukan dengan adil tanpa mengira latar belakang, kepercayaan, dan hubungan peribadi. JIka ketidakadilan berlaku, pelajar boleh hilang kepercayaan terhadap pensyarah dan sistem pendidikan dan akhirnya menjejaskan suasana pembelajaran.

b)Menjaga kerahsiaan dan privasi pelajar
Pensyarah ada akses kepada maklumat peribadi pelajar dan kadang-kala pelajar sendiri datang berjumpa pensyarah untuk menceritakan masalah peribadi yang terlalu sensitif. Di sinilah letaknya cabarab seorang pensyarah untuk mengambil tindakan tetapi pada masa sama menjaga kerahsiaan pelajar. Jika tidak menjaga kerahsiaan, hal ini boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar pula boleh hilang keyakinan untuk berkongsi maklumat dan juga tidak lagu berusaha mencari bimbingan daripada pensyarah.

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini?
a) Mengguna pakai rubrik penilaian yang jelas
Untuk memastikan keadilan, pastikan rubrik penilaian jelas, terperinci, dan boleh diakses semua pelajar.

b) Latihan dan pembangunan profesional
Pensyarah perlu diberikan latihan mengenai kepentingan menjaga kerahsiaan, termasuk mengurus maklumat sensitif dengan betul. Dengan ini, pensyarah ada kesedaran tentang menjaga kerahsiaan dan tidak menjaja cerita yang sensitif kepada orang keliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *