About OTHMAN ZAINON

Dr Othman Bin Zainon adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Geoinformasi, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan sijil dan diploma dalam bidang ukur tanah dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Sains (Ukur Tanah) dan Doktor Falsafah (Kejuruteraan Geomatik) dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran seperti ukur kadaster, astronomi , sistem rujukan, geodesi asas , ukur kejuruteraan, pengaturcaraan komputer dan mata pelajaran lain yang berkaitan. Beliau juga telah mengarang lebih daripada 100 kertas kerja teknikal yang diterbitkan dalam prosiding, jurnal dan buku bab. Beliau juga telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Unjuran Peta. Kini, beliau sedang menyelia empat orang pelajar Sarjana dan dua orang Doktor Falsafah. Beliau giat menjalankan penyelidikan di dalam bidang Kejuruteraan Geomatik khusus kepada Astronomi, Deformasi, Pemetaan Sosial, Pendidikan Astronomi dan lain-lain bidang yang berkaitan. Dr Othman Bin Zainon is Senior Lecturer at the Geoinformation Department, Faculty of Geoinformation and Real Estate, Universiti Teknologi Malaysia. He holds a certificate and diploma in land surveying from Ungku Omar Polytechnic, Ipoh, Perak. He also holds a bachelor’s degree and master’s degree in Land Surveying and Phd in Geomatic Engineering from Universiti Teknologi Malaysia. He has over 10 years of experience in teaching subjects such as cadastral surveying, precise survey, field astronomy, coordinate and reference system, basic geodesy, engineering surveying, computer programming and other related subjects. He has also authored more than 100 technical papers which published in proceeding, journal and book chapters. Cuurently, he supervise four Master students and two Phd students. He is conducting research in the field of Geomatics Engineering dedicated to astronomy , Deformation, Social Mapping, Education Astronomy and other related fields.

Apa Khabar Semua!

Laman ini merupakan kombinasi beberapa kursus yang akan dipelajari di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian. Kejuruteraan Geomatik merupakan bidang teknologi untuk mengukur, mengurus, mempersembahkan dan menganalisis data geospatial yang berkaitan dengan bumi. Data geospatial diperolehi dari pelbagai sumber termasuk pemerhatian satelit yang mengorbit bumi, sensor yang berada di udara, laut dan instrumen terestrial. Data-data ini diproses dan dimanipulasi menggunakan komputer dan perisian terkini. Juga termasuk dalam bidang geospatial ialah pemetaan komputer, penderiaan jauh untuk pemantauan alam sekitar dan kedudukan serta navigasi yang tepat menggunakan Sistem Posisi Global (GPS).

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatic) di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia adalah salah satu program tertua di Malaysia.

Sebelum tahun 1994 program ini dikenali sebagai Sarjana Muda Ukur (Tanah).

Program ini mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia dan juga dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.