Teknologi Cloud Computing

Cloud Computing

Cloud-Deployment-Models
Hybrid-Cloud-Model

Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk menyimpan  dan mencapai data dan aplikasi  dengan menggunakan Internet selain daripada komputer anda.

Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen,gambar , audio atau video . Pengguna boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain dengan menggunakan capaian Internet.

Jenis-jenis pengkomputeran awan

1.  Awan Persendirian ( Private Cloud )

  •  Awan Persendirian ini hanya ditujukan kepada pengguna atau organisasi yang tertentu sahaja. Pengguna luar tidak dapat mencapai data di dalam awan persendirian ini.

2.  Awan Awam (Public Cloud )

  • Awan Awam ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja . Di antara contoh awan awam ini adalah seperti Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), IBM’s Blue Cloud, Sun Cloud, Google AppEngine dan Windows Azure Services Platform

3.  Awan Hibrid (Hybrid Cloud )

  • Awan Hibrid ini adalah kombinasi di antara awan persendirian dan awan awam  dimana sesebuah organisasi menyimpan data yang penting di dalam storan awan persendirian dan selainnya dikekalkan di dalam storan awan awam.

4. Awan Komuniti ( Community Cloud )

  •  Awan Komuniti merupakan kombinasi di antara awan awam , persendirian dan hibrid. Ianya dikongsi oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti keselamatan,pematuhan dasar dan bidang kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara luaran, pihak ketiga atau in-house environment .

Jenis-jenis perkhidmatan awan

cloud computing blue

1. Perisian Sebagai Perkhidmatan ( Software-As-A-Service (SaaS) )

  • Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menggunakan perisian  tersebut tanpa perlu memasangnya pada komputer atau peranti mudah alih yang lain. Contoh perkhidmatan ini adalah seperti Gmail , YahooMail, Hotmail, Facebook, Twitter,Microsoft 365, Google Apps,You Tube dan lain-lain lagi.

2. Platform sebagai Perkhidmatan ( Platform-As-A-Service ( PaaS ))

  • Perkhidmatan ini menawarkan platform yang membenarkan pengguna membangunkan dan menguruskan aplikasi tanpa perlu membeli perkakasan dan perisian untuk  pembangunan aplikasi tersebut.Contohnya seperti Window Azure, Google App Engine, force.com dan sebagainya.

3. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan ( Infrastructure-As-A-Service (IaaS))

  • Perkhidmatan ini menawarkan sumber perkakasan seperti rangkaian, storan dan  compute resources secara maya ( virtual ) melalui Internet . Di antara contoh perkhidmatan ini adalah Amazon Web Services (AWS), Windows Azure, Google Compute Engine, Rackspace Open Cloud, dan IBM SmartCloud Enterprise.

Rumusan Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat telah manjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga telah mamainkan peranan penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan manusia telah menyaksikan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, komputer video dan sebagainya. Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan adanya kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja dengan lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Kesimpulannya, teknologi maklumat memanikan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. namun begitu kita harus memanafaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat dapat mambangun dengan fikiran yang inovatif & kreatif