REALITI MAYA (VR)

PENGENALAN REALITI MAYA (VR)

Realiti maya atau virtual reality merupakan sejenis kesan khas yang membolehkan suatu alam maya dibentuk yang seterusnya membolehkan pengguna tersebut benar-benar merasai seakan akan berada di dalam alam tersebut. Alam lain dari alam yang nyata.

Maksud Realiti Maya ataupun Virtual Reality yang di petik dari dalam buku “The Silicon Mirage” adalah: “Virtual Reality ialah kaedah di mana manusia gambarkan (visualise), manipulasi dan berinteraksi dengan komputer dan data kompleks.”

Realiti Maya adalah satu simulasi komputer yang menggabungkan beberapa aspek deria. Tetapi tidak semua deria akan terlibat dalam penggabungan tersebut.

Persekitaran Realiti Maya 3D yang dijanakan oleh komputer membolehkan para pengguna mengambil bahagian dalam dunia maya tapi dalam masa nyata. Persekitaran Realiti Maya boleh di kategorikan kepada 3 bahagian iaitu :

a) Imersif Sepenuhnya

b) Augmentation kepada dunia sebenar

c) Melalui tetingkap Dunia (Window’s World)

Konsep-konsep yang merujuk kepada Realiti Maya

a) Artificial Reality

b) Cyberspace

c) Virtual Reality

d) Virtual World

e) Virtual Environments

f) Synthetic Environment

Contoh aplikasi maya

Contoh teknologi virtual reality yang cukup sederhana adalah Google Cardboard kerana dibuat menggunakan kertas. Google Cardboard ini belum begitu mempunyai banyak fungsi, tetapi dengan menggunakan Google Cardboard kita akan merasakan pengalaman virtual reality dengan cara menggabungkan smartphone yang memiliki sensor gyroscope dengan Google Cardboard. Teknologi virtual reality ini biasanya digunakan pada bidang media,  penerbangan, hiburan, dan lain-lain. Contoh virtual reality banyak sekali, salah satunya seperti game FPS (First Peson Shooter) yang akan membuat pengguna merasa berada di dalam game tersebut. Selain itu, virtual reality digunakan pada foto dan video 360 darjah yang membuat pengguna merasa berada di tempat tersebut.

Penggunaan Teknologi Realiti Maya (VR) dalam urusan seharian sebagai Penolong Pegawai Sains dan staf universiti.

1. Makmal VR – Pengajaran di laksanakan dalam Lingkungan Maya. Makmal Virtual di sediakan untuk pengajaraan, tetapi untuk ujikaji pelajar perlu hadir ke makmal seperti biasa.

2. Proses Ujikaji VR – Ujikaji makmal juga di sediakan dalam bentuk VR. Sebelum menjalankan Ujikaji sebenar, pelajar perlu menjalani simulasi ujikaji VR. Kebaikan dapat mengurangkan risiko hazard.

3. Mesyuarat VR – Sentiasa berlaku tidak dapat hadir mesyuarat kerana bertugas di makmal, Mesyuarat boleh di adakan bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.

Tidak dapat di nafikan lagi bahawa suatu hari nanti segala bentuk pekerjaan atau interaksi boleh di lakukan di dalam dunia Realiti Maya. Pada masa ini sememangnya banyak peralatan yang di perlukan untuk menghasilkan Realiti Maya.