Adab dan Etika

Soalan 1:

Bincangkan dengan ringkas tentang kepentingan Adab dan Etika bagi profesion sebagai  pensyarah universiti. Bagaimana Adab dan Etika boleh mempengaruhi ekosistem akademik terutama dari aspek kepercayaan dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah?

Kepentingan Adab dan Etika

  1. Menjaga Kepercayaan: Adab dan etika yang baik membantu membina kepercayaan antara pensyarah dan pelajar. Apabila pensyarah bertindak dengan integriti, pelajar lebih cenderung untuk percaya kepada pengajaran dan nasihat yang diberikan. Etika perlu dipatuhi supaya  penyelewangan dan isu integriti dapat dikurangkan.
  2. Meningkatkan Prestasi Pelajar: Pensyarah yang menunjukkan adab dan etika yang tinggi akan menjadi model yang baik. Adab dan etika yang baik mewujudkan suasana di mana pelajar merasa selamat dan dihargai. Ini boleh memotivasi pelajar untuk mengamalkan sikap yang sama, seterusnya meningkatkan prestasi akademik mereka. Adab adalah penting untuk pensyarah kerana tanpa adab, seseorang pensyarah tidak akan dipandang tinggi. Dalam erti kata lain, ‘Respect has to be earned, not demanded’.
  3. Membina Kredibiliti: Pensyarah yang berpegang kepada etika profesional akan lebih dihormati dalam kalangan rakan sejawat dan pelajar. Dengan mengurangkan pergaulan dengan manusia yang toksik dalam kehidupan, kita dapat mengurangkan gossip dan seterusnya membina kredibiliti sebagai pensyarah. Apabila pensyarah beradab dan ertika, semua peraturan dipatuhi, proses kerja menjadi lebih sistematik dan budaya kerja yang sihat dan menyeronokkan dapat diwujudkan.

Pengaruh Terhadap Ekosistem Akademik

  1. Aspek Kepercayaan: Ketika pensyarah berpegang kepada prinsip adab dan etika, ia membina hubungan yang lebih baik dengan pelajar. Kepercayaan ini penting untuk komunikasi yang terbuka dan penglibatan dalam proses pembelajaran.
  2. Prestasi Pelajar: Kepercayaan yang dibina melalui adab dan etika dapat meningkatkan motivasi pelajar. Pelajar yang merasa dihargai dan dipercayai lebih cenderung untuk berusaha dan mencapai kejayaan akademik. Adab dan etika pensyarah yang baik juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran positif: yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan dan penglibatan aktif.
  3. Kredibiliti Pensyarah: Yang paling mustahak, kredibiliti pensyarah yang tinggi, yang dicapai melalui adab dan etika, mempengaruhi reputasi institusi akademik. Kredibiliti adalah segala-galanya di dalam dunia akademik. Pensyarah yang dihormati dapat membantu mengharumkan nama fakulti, universiti dan negara di persada dunia.

Soalan 2:

Kenal pasti dan analisa beberapa cabaran Adab dan Etika yang mungkin dihadapi oleh pensyarah di universiti. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini?

Antara cabaran-cabaran adab dan etika yang mungkin dihadapi:

-terlalu bergantung pada pelajar untuk membuat kajian dan penulisan, sehingga terpaksa mengerah pelajar dan tidak memberikan tunjuk ajar kepada pelajar dalam proses penerbitan.

-Pensyarah yang sekadar menjadi ‘free rider’ dalam projek dan tidak menyumbang secara bersungguh-sungguh

-Terdapat juga pensyarah yang menyeleweng atau salah guna kuasa dan peruntukan yang diberikan dalam geran.

-Pensyarah menyalahgunakan kemudahan waktu kerja fleksibel dan tidak menyiapkan tugasan atau menghadiri mesyuarat yang dikehendaki.

-Terdapat juga pensyarah yang bersikap menolak tugasan atau jawatankuasa yang diberikan kerana sibuk mengejar KPI untuk kenaikan pangkat.

-Segelintir pensyarah juga suka menggosip dan mengata orang walaupun banyak kelemahan yang ada pada diri sendiri. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pensyarha-pensyarah junior yang baru mempelajari selok-belok di universiti.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

-Belajar untuk menutup dan menjaga aib orang. Fokus pada apa yang perlu dilakukan sendiri. Mengambil tanggungjawab atas tugasan yang diberikan. Mengambil serius tugasan yang diberikan sebagai satu Amanah berat yang perlu digalas dan melaksanakannya dengan sehabis baik.

Bersikap jujur apabila kita tidak tahu jawapan soalan yang ditanya oleh panel temuduga atau pelajar. Ini tidak merendahkan martabat kita sebagai pensyarah, malah menonjolkan sifat rendah diri kita.

Sentiasa menjaga harga diri dan tidak terlalu merendah diri. Seseorang pensyarah juga tidak harus menunjuk-nunjuk kerana masih banyka yang perlu dipelajari dan dipelopori dalam dunia akademik tanpa sempadan hari ini.

Pensyarah juga perlu memupuk semangat saling membantu dalam tugasan yang diberikan dan tidak terlalu berkira. Pensyarah juga perlu sentiasa prihatin terhadap ahli-ahli di sekeliling, khususnya pelajar-pelajar dan staf sokongan untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.

Walaupun KPI penting, pensyarah perlu mengingatkan diri sendiri agar tidak mengambil kesempatan atas jasa baik orang lain, menyusahkan orang lain atau selalu menumpang nama sebagai ‘pembonceng gratis’ dalam tugasan, geran atau penerbitan. Sebaliknya, seseorang pensyarah perlu berusaha mencari jalan penyelesaian yang baik dalam usaha mencapai KPI yang diingin dicapai.