PKP & WFH; Kewajipan yang perlu dilaksanakan

Assalamualaikum,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, semua rakyat perlu akur dan menurut perintah tersebut agar mengawal pergerakan masing-masing dimana jua berada. PKP bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 telah pon dilanjutkan kepada 14 April 2020 pada masa catatan ini dituliskan.

StayAtHome
Perdana Menteri telah berkali-kali memohon agar semua rakyat agar duduk sahaja di rumah agar penularan wabak COVID-19 ini dapat diputuskan rantaiannya. Maka adalah diharapkan virus tersebut akan lenyap daripada bumi kita yang tercinta ini. #StayAtHome

WFH: Work From Home
Semasa arahan PKP ini, semua penjawat awam dan swasta diminta bekerja dari rumah (WFH) bagi membendung penularan wabak Covid-19. Ia dapat mengelak daripada berlakunya proses berkumpul (mesyuarat, perbincangan dan sebagainya) iaitu pertemuan ramai pekerja dalam ruang atau kawasan secara beramai-ramai bagi mengelak ‘contact’ yang rapat kerana dikhuatiri terdapat mangsa yang +ve dengan virus maut tersebut. Oleh yang demikian, kaedah WFH adalah yang terbaik untuk kita sama-sama amalkan agar tanggungjawab kita sebagai pekerja dapat diteruskan dan pentadbiran serta perkhidmatan berkaitan dapat terus dilaksanakan walaupun tiada di pejabat secara fizikal.

Cabaran
Terdapat pelbagai cabaran WFH antaranya penggunaan data internet, pengurusan anak-anak, pengurusan kerja di rumah dan sebagainya. Walau apapun cabarannya adalah diharapkan kita semua dapat menghadapinya dengan tenang dan dapat meneruskan tanggungjawab kita sebagai pekerja, ayah, ibu, anak dan sebagainya. Tidak dinafikan, cabaran WFH ini amat tinggi kerana terpaksa melayan kerenah anak-anak (yang telah berkeluarga) kerana kita berada disamping mereka sepanjang PKP ini (+ mereka tidak pergi ke sekolah – belajar online).

Walau apapun cabaran dan dugaan, adalah diharapkan agar kita semua dapat menempuh segala dugaan dan rintangan kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pekerja walaupun WFH disamping mengikut segala arahan daripada pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak maut COVID-19. Diharapkan segala inisiatif yang telah diberikan oleh pihak kerajaan membantu kita semua mengharungi dugaan ini semua.

Sama-sama kita terus berdoa kepada ALLAH agar wabak ini dapat dihindari dan diberikan perlindungan olehNya kepada keluarga kita khasnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Wassalam.


sumber: http://www.moh.gov.my/moh/resources/user_35/7_Langkah_Pencucian_Tangan.jpeg


Sumber: http://www.moh.gov.my/moh/resources/user_35/Infografik_3.jpeg

#StayAtHome
#WFH
#StaySafe
#socialDistancing
#BasuhTanganDenganSabun